Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, May 24, 2009

    KES NIZAR ZAMRY-MAHKAMAH DIPEROLOK?

    Bukannya mahu merendah-rendahkan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang memihak Dr Zamry Abdul Kadir. Apatah lagi untuk memperlekehkan penghakiman yang membatalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abd Aziz Abd Rahim yang mengesahkan kedudukan asal Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

    Namun yang lebih penting, apakah persepsi rakyat terhadap peristiwa rampasan kuasa oleh BN, yang didalangi Najib Razak, bagi menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat, awal Februari lalu, dapat diubah?

    Mampukah keputusan panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut, iaitu Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop, dapat meredakan ketegangan politik yang semakin membahang di sana, terutama selepas Dun Perak bersidang secara tidak sah sehingga Speaker V Sivakumar dicekik, dihumban keluar, dikurung dalam stor dan "dilucutkan jawatan"?

    Bukankah sejak awal beberapa penganalisis dan tokoh akademik terkemuka menyifatkan krisis di Perak tidak mampu diselesaikan melalui proses undang-undang, malah ia menyebabkan martabat mahkamah semakin dipersenda? Situasi rumit dan sulit menjadi makin berserabut.

    Tanggapan rakyat bahawa BN telah melakukan aksi tidak bertamadun, mencemar institusi demokrasi dan secara gopoh-gapah serta terburu-buru meragut kuasa daripada Pakatan Rakyat terus tertanam kukuh.

    Sementara Zamry dianggap wakil mahkamah, selain diperolok-olokkan melalui jenaka SMS tentang "lelongan Zamry, bukan Camry", Nizar pula menempah populariti lebih tinggi di kalangan rakyat. Hanya mengharapkan dokongan pasukan keselamatan dan mahkamah bagi mengesahkan kedudukannya sebagai Menteri Besar boleh mengundang padah dari segi demokrasi.

    Rakyat yang kian celik politik tentunya tidak mudah untuk dipaksa dan disumbat dengan keputusan mahkamah yang dilihat umum sebagai tidak mencerminkan keadilan dan kesaksamaan.

    "Biar kalah hari ini, tapi pada pilihan raya umum akan datang, yang tidak dapat tidak mesti diadakan juga nanti, Nizar dan Pakatan Rakyat, insya-Allah beroleh kejayaan lebih gemilang," kata seorang profesor sains politik. "Saya yakin, persepsi rakyat tidak akan berubah dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mereka masih beranggapan tindakan BN merampas kuasa sebagai tidak sah dan salah menurut peraturan dan undang-undang."

    "Kenapa mahkamah seperti histeria lagaknya, nampak terlalu obses dengan kes ini, walhal bagi saya, inti kepada krisis politik di Perak adalah bermula dengan tuduhan rasuah kepada dua Adun KeADILan ketika itu, yang kini melompat jadi Adun bebas yang menyokong kuat BN? Bagaimana kedudukan kes berkenaan, apa sudah jadi? Orang ramai juga nak tahu di mana perginya penyiasat bebas P Balasubramaniam dalam kes liwat terbaru Anwar Ibrahim?" ujar profesor yang tidak mahu disebut namanya itu.

    Selagi BN terus berdegil untuk tidak menasihatkan Sultan Perak membubarkan Dun, datanglah apa juga penghakiman pun, ia pasti tidak berupaya untuk merongkai konflik yang bertambah parah ini. Hakikat ini bukan sahaja diakui pimpinan Pakatan Rakyat malah dituntut oleh Suhakam dan juga pemimpin komponen BN sendiri, selain tokoh-tokoh ternama politik, termasuk Tengku Razaleigh Hamzah.

    Semakin BN menolak cadangan pembubaran Dun, maka makin tergambar jelas bahawa mereka begitu takut dan gentar untuk berdepan suara rakyat bagi mendapat mandat baru. Mana mungkin sebuah parti politik yang mengaku gagah-perkasa tiba-tiba menikus dan takut untuk mendapat mandat baru daripada rakyat?

    Walaupun 3 hakim memihak BN, Najib pasti akan kalah dalam mahkamah rakyat, dan inilah yang paling digeruninya. Hasilnya, integriti dan kewibawaan badan kehakiman kita akan terus dipersoalkan, manakala keyakinan dunia terhadap proses keadilan di Malaysia terus merudum. Dari Anak Cucu Adam

    Saturday, May 23, 2009

    NAJIB KHIANATI ORANG MELAYU?

    Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataan tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

    Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun melangkaui had masanya,pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka dengan Najib;persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib “berani” mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di tanahair?

    Pada hemat saya,Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan ‘brainchild’ ayahanda beliau,Tun Razak.Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang berwenang mendapati,antaranya,DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melaytu/Bumiputera malah yang bukan Melayu di ulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

    Pada perkiraan Najib,dengan membuat kenyataan di Singapura tentunya beliau berharap tidak ada “backlash” dari kalangan yang akan mengkritik dan mengecam beliau;ini jelas jika dilihat dari liputan dari stesen TV Malaysia yang langsung tidak menyebut tentang kenyataan Najib untuk melupuskan DEB.Tidak ada sebarang ulasan atau komentar yang diberikan melalui TV dan saya kira,akhbar-akhbar perdana juga samada tidak akan memaparkan berita ini ataupun sekadar memberikan ruang yang kecil sedangkan kenyataan yang keluar dari mulut Najib itu penting dalam konteks yang merangkumi dasar negara.

    Sebagai seorang yang meyakini bahawa DEB seumpama ubat lepas tarikh (expired) serta meyakini pula dasar yang dibawa oleh Pakatan-Agenda Ekonomi Malaysia yang dicanangkan oleh Keadilan yang saya kira di komplimentarikan (complement) oleh Dokumen Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS-kenyataan Najib ini dilihat sebagai “mencuri” idea dan gagasan pembangkang.Najib,pada masa yang sama,gagal memperincikan gagasannya samada dari sudut idealisme mahupun falsafah dan pengisian wadah yang akan dibawa bagi menggantikan DEB (malah berkaitan 1Malaysia pun sehingga kini saya gagal melihat idealisme serta falsafah yang ingin diketengahkan selain dari retoriks dan kenyataan lintangpukang dari Rais Yatim yang terlalu dilihat membodek bossnya).

    Apakah bentuk dan susunatur dasar yang akan dibawa menggantikan DEB?Bagaimana rupa wajah dan pengisian serta falsafah yang akan dicanangkan?Siapakah yang menjadi sasaran serta bagaimana akan dicernakan dalam konteks kemajmukan masyarakat dan iklim ekonomi?Bagaimana dengan masalah yang sememangnya mendasar yakni agihan kekayaan yang tidak adil,rasuah yang membarah,jurang pendapatan dan kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu?Bagaimana pula dengan statistiks yang menunjukkan nisbah professional Melayu berbanding bukan Melayu yang jauh melebar?Sistem pendidikan yang bercelaru khususnya PPSMI yang tidak menguntungkan anak-anak sekolah?

    Kesemua persoalan ini,saya masih tidak menemukan sesuatu gagasan serta idea besar lagi segar dari Najib.Apa yang ada setakat ini hanyalah sekadar retoriks dan klise yang sangat-sangat diragui bukan sahaja keikhlasannya malah kemampuan untuk direalisasikan selain kemampuan kecendiakawanan (intellectuality) Najib sendiri.

    Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar soraksorai yang begitu riuhrendah dari kalangan pemimpin UMNO.Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu,Alat Cina,Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau.Malah para pensyarah Universiti pun dipanggil tampil di kaca TV kononnya mengupas secara ilmiah lagi berilmu buat mempertahankan DEB dan pada masa yang sama mencela serta mengecilkan gagasan besar Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa Anwar.

    Gunanya untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa Anwar kononnya merugikan orang Melayu serta tidak lebih dari upaya untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.Pun begitu yang dikesalkan tidak ada suatu kritikan membina yang dilontarkan untuk menyegarkan perdebatan sebelah pihak itu.Saya kira kita mengalu-alukan masukan-masukan (input) yang dapat menjernihkan lagi gagasan dan idea tersebut tetapi apa yang berlaku hanyalah kecaman kosong yang tidak bersandarkan kepada tiang ilmu. Menyedihkan citra para ilmuan tanahair yang tidak lebih pengampu nombor wahid layaknya.

    Nah,sekarang pemimpin ‘numero uno’ UMNO sendiri yang mencadangkan di Singapura untuk menamatkan DEB tetapi gagal pula menonjolkan gagasan dan idea sebagai ganti kepada dasar tersebut.Saya ternanti-nanti apakah reaksi dari kalangan pemimpin UMNO sendiri termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaludin serta para profesor terutamanya Ibrahim Shah UiTM;apakah kelak akan dianjurkan perarakan atau demontrasi oleh para pelajar UiTM dibawah Ibrahim Shah bagi membantah kenyataan Najib tersebut?

    Saya juga menunggu sikap para pengemudi suratkhabar seperti Utusan Malaysia,apakah akan ada tulisan Lidah Pengarang yang berani mengkritik Najib atau sekurang-kurangnya menyeru agar DEB di pertahankan?Lebih jauh dari itu,apakah nanti ada yang berani melabelkan Najib sebagai pengkhianat atau tidak mengenang budi atau alat cukong Cina?

    Saya berpandangan memahami budaya politik mual tajaan UMNO,apa yang berlaku ialah tidak akan ada suara-suara dari mereka yang berwenang dari dalam UMNO sendiri yang berani untuk mengkritik Najib seperti pengalaman yang di lalui oleh Anwar Ibrahim.Mereka tentunya akan menari mengikut rentak gendang yang dipalukan Najib walaupun iramanya sumbang.Ertinya mereka tetap bersedia untuk menjadi hipokrit-sebelum ini bak pahlawan Melayu sejati mempertahan DEB dan mengecam sesiapa sahaja yang tidak bersetuju-tetapi kini akan mengubah nada dengan memuji dan memuja Najib semahunya.
    Dalam hal ini,saya kira sesungguhnya Keadilan telah jauh terkehadapan.

    Seruan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar DEB dimansuhkan yang perlu digantikan dengan dasar yang lebih pragmatiks dan memenuhi kehendak rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang telah dihidangkan kepada rakyat membuktikan komitmen Keadilan untuk membina negara bangsa yang benar-benar adil dan bertunjangkan kepada mengangkat maruah dan hak rakyat.Pandangan jauh pimpinan yang mengarifi denyut nadi rakyat jelas memperlihatkan upaya untuk membina Malaysia yang adil dan makmur.Ertinya,tatkala Keadilan telah lama bersedia,UMNO kelihatannya gagal total untuk membawa gagasan yang ampuh;kenyataan Najib di Singapura itu tidak lebih dari omong kosong tanpa wajah dan roh.- Lanailestari

    Friday, May 22, 2009

    1 LAGI LIANG LAHAD DISEDIAKAN UNTUK BN

    Samada telah tertulis, satu lagi Pilihanraya Kecil bakal diadakan. Kali ini di DUN N41 Manek Urai, Kelantan. Ini berikutan pemergian ke rahmatullah wakilnya Ismail Yaacob awal pagi tadi.

    Mengikut rekod, DUN ini dimenangi BN pada 2004 dengan majoriti 53 undi, manakala 2008 dimenangi PAS dengan majoriti besar 1352 undi.

    Persoalannya beranikah UMNO/BN mengambil bahagian dalam PRK kali ini. Jika di Penanti alasan tidak mahu bertanding kerana enggan mengikut rentak PR, mengelak pembaziran wang rakyat, ingin menumpukan perhatian terhadap perkembangan ekonomi negara.

    Kali ini DUN Manek Urai menjadi gelanggang kepada BN untuk membuktikan kepada rakyat yang barisan kepimpinan Najib semakin diterima rakyat. Konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan boleh dijaja sebagai senjata ampuh seperti didakwa BN.

    PRK ini juga, boleh dijadikan kayu pengukur perpaduan UMNO Kelantan sejak Annuar Musa digugurkan dan diganti Mustapha Mohamad.

    Al Fatihah kepada keluarga Ismail Yaacob. Semoga roh beliau aman dan tenang.

    Wednesday, May 20, 2009

    KEMPEN SEJUTA POSKAD MANSUH PPSMI

    Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

    Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

    "Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.

    ppsami samad saidHasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.

    Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.

    Tiada had masa

    Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.

    Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.

    "Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa," katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.

    anti english language ppsmi a million post card campaign 200509Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.

    Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".

    Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal".

    Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.

    Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.- Malaysiakini

    RTM HARAMKAN 7 PERKARA DALAM SIARANNYA.


    Langkah Kementerian Penerangan mengekang Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyentuh perkara-perkara yang dianggap “sensitif” menyerlahkan sikap hipokrit kerajaan Barisan Nasional yang kononnya mahu “melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan minda kelas pertama.”

    Dalam blog Susan Loone, penulis blog tersebut telah menyiarkan apa yang dipercayai senarai 7 “dosa besar” penyampai radio di bawah kelolaan RTM tidak dibenarkan menyentuh.

    Tujuh perkara tersebut termasuk larangan membincangkan dalam siaran radio mengenai politik (parti pembangkang), seks, isu perkauman, isu bahasa, isu agama, kesultanan (Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong) serta isu moral (politik semasa).

    Melihat kepada senarai isu yang dilarang oleh RTM kepada penyampai radionya, rakyat boleh bayangkan apakah topik yang mampu merangsang minda dan pemikiran mereka sekiranya isu-isu terpenting dalam kehidupan mereka tidak boleh disentuh langsung.

    Apakah slogan Perdana Menteri Najib Razak mendahulukan rakyat benar-benar ikhlas atau sekadar taktik menipu rakyat dengan kata-kata manis yang kosong.

    Menteri Penerangan dalam peruutsan beliau dalam laman web kementerian berkata, “saya berharap Kementerian bersama agensi-agensi di bawahnya telah menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan rakyat. Dengan ini, kita akan melahirkan masyarakat yang bermaklumat, inovatif, kreatif dan berteraskan pengetahuan tinggi.”

    Mampukah negara melahirkan rakyat yang bermaklumat sekiranya maklumat penting dinafikan daripada mereka.

    Mampukah negara mewujudkan masyarakat kreatif apabila kreativiti rakyat dimatikan dalam sanubari mereka.

    Mampukah negara mencernakan golongan berpengetahuan tinggi apabila minda mereka dibekukan dengan sekatan demi sekatan.

    Yang jelas apa yang dilakukan RTM hanya akan menjauhkan lagi rakyat daripada menjadikan ia sebagai saluran informasi. Dengan kecanggihan teknologi pencapaian maklumat menerusi internet dan pelbagai jaringan sosial RTM tidak lagi menjadi relevan dalam masa mendatang.

    Begitu juga dengan media arus perdana yang asyik mengampu BN dan menjustifikasikan segala kebobrokannya dan menghalang rakyat daripada mendapat akses kepada maklumat yang betul, cepat dan seimbang.

    Tuesday, May 12, 2009

    INTISARI PENGHAKIMAN KES NIZAR-ZAMBRY

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.
    Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.
    Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama."Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"
    "Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.
    Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.
    Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.
    Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.
    Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.
    "Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.
    "Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.
    Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian."Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.
    "Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi.
    Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
    Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil."Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.
    "Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.
    Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti."Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.
    "Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.
    Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.
    Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.
    "Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.
    Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.
    Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.
    "Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

    NIZAR GANTUNG TUGAS PENASIHAT UNDANG-UNDANG

    Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

    Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

    Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:

    - Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jam 8.30 pagi bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

    - Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

    - Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

    - Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

    - Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009

    Monday, May 11, 2009

    Judge orders Zambry, excos to vacate posts

    The Kuala Lumpur High Court has also ordered Barisan Nasional MB Zambry Abdul Kadir and his six executive councillors to vacate their posts with immediate effect.

    Nizar is rightful MB, says High Court!

    KUALA LUMPUR (The Star Online): The High Court here ruled rule on Monday that Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is the rightful Perak Mentri Besar, and not Barisan Nasional’s Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    In his ruling, Justice Abdul Aziz Abd Rahim said that a mentri besar can only be dismissed by a vote of no confidence, and he upheld the Stephen Kalong Ningkan ruling.

    He noted that the Perak State Legislative did not hold a vote of no confidence.

    In 1966, Sarawak Chief Minister Datuk Stephen Kalong Ningkan was ousted when the state governor showed him a letter of no confidence issued by 21 out of 42 legislators and asked Ningkan to resign.

    Ningkan refused, saying the letters were not tantamount to a vote of no confidence in the state legislative assembly. He was sacked by the governor but eventually reinstated by the Borneo High Court, which saw the necessity of a formal vote of no confidence.

    According to the Nutgraph, the judge ruled ruled that the governor can only dismiss the chief minister when both these conditions are satisfied:

    (a) The chief minister has lost the confidence of the House, and

    (b) The chief minister has refused to resign and failed to advise a dissolution.

    Nizar had filed for a judicial review on Feb 13, seeking a declaration that he is the rightful mentri besar of Perak and an injunction to bar Dr Zambry from discharging his duties as the mentri besar.

    On March 6, Justice Lau Bee Lan had ruled that there were constitutional issues involving the interpretation of Article 16 (6) of the Perak Constitution and later referred four consitutional questions to the Federal Court for determination.

    However, on March 23, the Federal Court ruled that the case of who the rightful mentri besar is should be heard by the High Court.

    Nizar’s lead counsel Sulaiman Abdullah, in wrapping up his submissions last week, said the Constitution was the “genius of the Malaysian people”, adding that the court had a duty to uphold it. Over the last few days, he had submitted that the Sultan, while granted powers in the Perak Constitution to appoint a mentri besar, could not dismiss him.

    The only way Nizar could be dismissed, he said, was through a vote of no-confidence in the House.

    He also said that a mentri besar could request for the State Assembly to be dissolved in the middle of a term without losing the confidence of the majority of the House.

    Dr Zambry’s lawyer Datuk Cecil Abraham, however, argued that Nizar went by Article 16(6) of the Perak Constitution when he sought an audience with the Sultan – this article specifically provides for the mentri besar to request for a dissolution when he has lost the confidence of the majority in the House.

    Under the article, Nizar is required to tender the resignation of his executive councillors when his request was rejected, he said.

    Saturday, May 9, 2009

    Seluruh dunia melihat kebodohan Zambry dalam DUN Perak

    Speaker Sivakumar diangkat dan dikurung dalam stor

    Saya teringat satu ketika dahulu, Khairi Jamaluddin pernah menuturkan satu kalam yang meminta supaya ahli Pakatan tidak menjadi seperti “beruk-beruk di jalanraya”. Tetapi apa yang terjadi hari ini, Zambry and The Gang telah menjadi beruk-beruk di Dewan Sidang Dun! Ada yang bertanya, layakkah mereka digelar sebagai beruk? Bagi saya, gelaran yang sepatutnya lebih dari itu.

    Semua rakyat Malaysia boleh membaca berita di pelbagai akhbar, melihat video dan sebagainya. Saya yakin, tiada siapa yang menyetujui cara Zambry mengangkat Ganesan itu. Kelakuan bodoh itu lebih teruk daripada beruk! Saya tidak tahu, kenapakah dia tergamak untuk berbuat demikian. Tidakkah dia sedar bahawa puluhan kamera yang merakam tindakan bodoh itu?

    Untuk memahami hakikat ini, suka untuk saya jelaskan tentang sikap manusia yang sudah tidak berotak. Allah SWT menyifatkan orang yang tidak berotak ini ialah mereka yang mengetahui bahawa Allah SWT itu Maha Melihat, tetapi mereka masih lagi menganggap bahawa Allah itu tidak nampak. Mereka tidak sedar bahawa setiap detik hidupnya dirakam oleh malaikat, untuk dijadikan bukti di akhirat kelak.

    Mereka tahu bahawa malaikat merakam segala perbuatan mereka, tetapi akibat gilakan dunia, mereka lalai daripada perkara tersebut. Mereka pun dengan sewenang-wenangnya membuat maksiat, mengancam jiwa manusia, merampas hak dan sebagainya. Semua ini disebabkan mereka gila mengejar dunia.

    Begitu juga apa yang terjadi hari itu. Disebabkan gila untuk mengejar pangkat dan dunia, Zambry terlupa bahawa tindakan bodohnya itu telah dirakam oleh puluhan rakaman. Bahkan disaksikan oleh jutaan manusia di seluruh dunia! Seluruh dunia melihat kebodohan Zambry dalam dewan kelmarin. Tetapi akibat gilakan dunia, dia lupa segalanya itu.

    Apa yang penting bagi dirinya ialah menjatuhkan PR. Ada orang UMNO sendiri berkata “kalau hendakkan kuasa pun, cover-coverlah sikit”. Saya pelik apabila mendapati berita yang disiarkan di dalam Berita Harian, agak kurang selesa untuk diterima. Berita Harian seolah-olah menjadi pengulas, bukannya pemberita. Entah kenapa dibuat begitu.

    Orang yang gilakan dunia inilah yang selayaknya digelar sebagai beruk. Golongan beruk ini berkeliaran di mana-mana sahaja termasuk di dalam masjid. Disebabkan gilakan dunia, habis semua benda diredahnya. Tidak kira hak orang lain atau tidak, tetap menjadi miliknya. PR dituduh bertindak kasar terhadap SU Dewan, tetapi mereka lupa, bahawa anjing gila tidak mungkin kita mendiamkannya dengan belaian!

    Wahai Zambry and The Gang, sekiranya hari ini anda boleh membuat sesuka hatimu, tunggulah di akhirat nanti. Tiada siapa akan terlepas dari mahkamah perbicaraan Allah. Semua rakyat Perak akan menuntut hak keadilan kepada kamu di akhirat nanti. Sekiranya anda ingin bertaubat, minta maaflah dengan seluruh rakyat Perak! Anda merampas hak orang lain, dan anda perlu mengembalikannya sebelum kematianmu. Tiada siapa yang dapat melangsaikan dosamu setelah kamu mati.

    Salam Perjuangan – drfikrah
    http://drfikrah.blogspot.com

    Friday, May 8, 2009

    YB DOMINIQUE & ISTERI DITAHAN POLIS - 1BLACK MALAYSIA

    Bergambar beramai-ramai setelah dibebaskan dengan jaminan polis sekitar jam 3 pagi

    YB Dominique sedang berunding dengan OCPD Kuching ACP Wong

    YB Dominique sedang ditahan oleh salah seorang pegawai polis

    Seramai 10 orang ahli Keadilan Sarawak telah ditahan pihak polis jam 9 malam tadi. atas tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram. Yb Dominique Ng dan isteri beliau antara yang ditahan oleh ratusan polis, FRU lengkap dengan trak merah , SB dan pihak polis yang berpakaian preman yang telah bersedia sebelum acara bermula lagi.

    Upacara simbolik bersempena '1 Black Malaysia' itu diadakan di Tebingan Sungai, Kuching sepatutnya bermula jam 8.30 malam. Dianggarkan sekitar 30 orang turut serta yang lengkap berpakaian serba hitam dan lilin masing-masing.

    Kehadiran begitu ramai pihak polis yang diketuai Ketua JSJ Sarawak sendiri dan Ketua Polis Daerah Kuching mengundang tanda tanya pengunjung lain. Sebenarnya upacara yang diadakan secara adhoc itu telah dapat dihidu pihak polis. Syabas.

    Namun apabila berborak-borak dengan beberapa pegawai dan anggota polis selepas itu, ternyata mereka cuma menerima arahan. Kita faham situasi dan tekanan terhadap pihak polis. Sebab itu perbincangan mencari penyelesaian berlangsung dalam suasana baik dan mesra.

    Setelah semua keterangan diambil, kesemua 10 OKT tersebut dibebaskan atas jaminan polis dan seorang penjamin. Saya sendiri telah menjadi penjamin kepada Ketua AMK Sarawak, Sdra Rahamat Idil Latip. Kesemua mereka dibebaskan sekitar jam 2.45 pagi ini.

    Artikel berkaitan, di sini

    Wednesday, May 6, 2009

    Hope Over Fear….Finally Sarawak Government Defeated over NCR…Rakyat Gawai Gift

    Finally the Sarawak Government was defeated today, as the federal Court has upheld the concept of NCR to Natives, to include not only Temuda (cultivated Land) but also also Pulau (communal forest) and pemakai Menoa (territorial Domain).

    In case initiated by local Malay Madehi Salleh to claim his NCR rights over former Sarawak Shell Concessions land in Miri. A new Hope for the Dayak people to claim back their NCR lands that has been taken by the BN Sarawak.

    Dayak Nation would like to thank Makanda Singh Shandu and his son Sathinda that represented Madeli. Taib and the rest of BN Sarawak must return back NCR land to the natives now. More news in Malaysinkini. Please spread the Goodnews to all Natives of Sarawak.- From DayakNation

    Tuesday, May 5, 2009

    Himpunan ‘One Black Malaysia’, munajat pagi di Perak

    Satu himpunan yang diberi nama ‘1Black Malaysia’ serentak dengan satu program solat hajat, doa munajat dan solat subuh akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 Mei, sebelum berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri.

    Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program anjuran PAS Pusat sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sekaligus menyatakan bantahan terhadap kerakusan Barisan Nasional (BN) yang merampas kuasa tempoh hari.

    Program yang telah mendapat persetujuan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan diadakan bermula jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

    “Kita minta orang ramai untuk datang solat dan berdoa supaya negeri ini berada dalam keadaan aman dan ‘menyingkirkan’ Barisan Nasional yang telah mengucar-kacir keadaan di Perak ini. Selain itu orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan ‘1 Black Malaysia’ ini.

    “Himpunan yang dianjurkan PAS hanya akan tertumpu di masjid tersebut dan selepas solat subuh terpulanglah kepada orang ramai sama ada ingin turut serta mengikuti Sidang Dun ataupun sebaliknya memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja,” demikian ucapan ringkas Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Harakahdaily.


    Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki “Pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi,” katanya.

    PELANCARAN '1BLACK MALAYSIA'

    4288_84638176011_518196011_2297888_1080401_n
    Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tanda ‘ 1 Malaysia GELITA’.

    Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bersih menjelaskan kenapa mereka kali ini memilih warna hitam sebagai warna tema. Hitam melambangkan protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak. “Kerajaan BN Perak telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dijadualkan bermula pada 7 Mei melangkaui kuasa speaker V.Sivakumar sungguhpun mahkamah telah menetapkan tarikh 5 dan 6 Mei bagi menentukan kesahihan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar,” tegas salah seorang jurucakap Bersih, Wong Chin Huat.

    Beliau juga menegaskan segala perkembangangan yang berlaku menunjukkan kebobrokan Najib Razak terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi perlembagaan di Malaysia. Beliau telah mengabaikan pilihan pengundi dengan bertindak tidak berlandaskan perlembagaan dengan merampas kuasa. Pengundi membalasnya dengan keputusan di pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana marjin kemenangan bagi Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meningkat melebihi 2000 undi.

    Menurut Chin Huat lagi slogan Najib: ‘1Malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan’ sekarang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

    “Adakah slogan ‘1Autoritarian-dan-Korup Malaysia’ menjadi bertambah buruk? Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat didahulukan sekiranya mata rakyat dipaksa pejam,pekak, bisu dan tidak boleh bergerak dengan sekatan media dan seluruh bandaraya?

    Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pencapaian diutamakan’ sekiranya ‘pencapaian’ di dalam perihal undang-undang tidak diketahui? “Marilah kita tunjukkan satu warna ‘1MalaysiaGELITA!’ Kita tunjukkan padanya satu suara bagi rakyat Malaysia: ‘Utamakan Demokrasi!’ mari kita cadangkan satu penyelesaian bagi perak: ‘Adakan Pilihan Raya Sekarang!’”tambahnya. - mks. _


    5 SASTERAWAN NEGARA TOLAK PPSMI

    Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolaknya.

    Dua tokoh sasterawan juga - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu' Sasterawan Negara' "jika keadaan memerlukan"

    Sasterawan Negara yang menentang dasar PPSMI -
    1. Datuk Shahnon Ahmad
    2.Datuk Noordin Hassan

    3.Datuk Abdullah Hussain
    4. Muhammad Salleh
    A Samad Said by wazari.

    5. A Samad Said

    ISU BOMOH: NGO MAHU ZAMBRY DAN SUK PERAK BERTAUBAT

    JAMAIY salah satu Gabungan NGO Islam Perak hari ini merasa kesal dengan 'insiden khurafat' yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Adun Titi Serong, Idham Lim.

    Pengerusinya Dr Khairuddin Dato' Abd Malik berkata, beliau telah dimaklumkan oleh kakitangan kerajaan Perak bahawa mereka kesal dan marah apabila khidmat bomoh telah dibawa ke Kompleks SUK Perak pada pagi 30 April lalu oleh salah seorang Wakil Rakyat Adun Barisan Nasional (BN) yang juga bertaraf Exco.

    Bomoh tersebut dikatakan dibawa khusus ke bilik persidangan dan fokusnya adalah tempat duduk VIP seperti kerusi DYMM Tuanku Sultan Perak, Speaker dan Menteri Besar.

    "Menteri Besar Barisan Nasional Dr. Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato? Dr. Abdul Rahman Hashim perlu mengambil tanggungjawab atas insiden kurafat yang memalukan ini.

    "Jika insiden ini dalam pengetahuan Dr. Zamry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato? Dr. Abdul Rahman Hashim maknanya mereka telah merestui kerja-kerja syirik yang dikutuk oleh Allah, " katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

    Mereka katanya mesti bertaubat dan memohon maaf kepada Sultan sebagai Ketua Agama Negeri dan seluruh rakyat beragama Islam dan dalam masa yang sama meletakkan jawatan.

    "Jika perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuan, mereka tidak layak memegang tugas besar Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan kerana kecuaian yang melampau.

    "Siasatan mesti dibuat oleh jabatan Agama Islam Perak secepat mungkin tanpa rasa takut," katanya.

    Bagi DYMM Tuanku Sultan Perak adalah disarankan demi menjaga nama baik baginda supaya membatalkan keberangkatan ke Sidang DUN pada 7 Mei inii kerana insiden yang mencemarkan institusi Raja sebagai Ketua Agama dan Payung Rakyat, katanya. Harakahdaily.

    Sunday, May 3, 2009

    Agama Anak : Langkah Kabinet UMNO BN Disanggah MACMA

    Keputusan kabinet bahawa anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya setelah mereka memeluk Islam telah dikecam hebat oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia(Mecma).

    Menurut Setiausaha Agong Mecma, Ann Wan Seng, tindakan kabinet itu memberi implikasi buruk yang cukup besar kepada perkembangan dakwah Islamiah dalam negara ini.

    “Apabila ibu bapa menukar agama akan ada masalah sekiranya anak-anak tidak dibenarkan ikut sama. Ia akan menjejaskan institusi kekeluargaan. Bagaimana dalam satu keluarga anak yang perlu dibimbing oleh keluarga tetapi tidak dapat bertindak sedemikian oleh ibu dan bapa.

    “Ini menunjukkan keputusan tersebut adalah menafikan hak terhadap anak-anak.Pencabulan terhadap hak asasi manusia,hak yang diperuntukan oleh agama serta hak yang sepatutnya dimiliki oleh kedua ibu bapa yang punyai hak dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka,” katanya.

    Beliau juga mendesak kerajaan supaya mengkaji semula serta menarik balik keputusan tersebut.

    “Kerajaan sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu dan mendapat maklum balas daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.Mereka juga perlu memohon perkenan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama dalam negara ini.

    “Pasangan yang memeluk Islam sepatutnya menyelesaikan segala isu yang berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah syariah dan bukannya di mahkamah sivil.Saya yakin keputusan yang dibuat itu tidak dirujuk kepada ulama dan tiada perbincangan serius dengan pihak berkuasa agama Islam.

    “Akhirnya inilah natijahnya sehingga menimbulkan kesan yang besar dalam membendung masalah kemurtadan dan kepada institusi keluarga Islam sendiri,” katanya.

    Friday, May 1, 2009

    PERUTUSAN HARI PEKERJA

    Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

    Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

    Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

    ANWAR IBRAHIM