Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, August 31, 2010

    Kita bertindak dulu, Najib pun ikut

    PULAU PINANG, 30 Ogos: Guru-guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang tentunya tersenyum simpul kerana buat pertama kalinya kerajaan negeri memberikan RM250 wang raya kepada mereka.

    Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, memandangkan peranan guru Kafa tiada tolok bandingnya memberikan pendidikan kepada anak-anak Islam, maka kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan untuk menghiburkan hati golongan tersebut menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

    Kerajaan Pusat ujarnya, pasti akan meniru langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat beberapa hari lagi sebagaimana langkah mengharamkan judi bola dan bantuan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM400.

    "Bila kita bertindak dulu, Najib pun ikut. Itulah kelebihan kita. Rakyat patut sokong kerajaan yang bertindak dulu kerana tanpa tindakan berkenaan Kerajaan Pusat sukar untuk menyalurkan bantuan seperti mana hari ini," ujarnya.

    Sebagai sebuah kerajaan yang berhemah sambungnya, peruntukan tetap diberikan kepada semua kaum dan agama berbanding Barisan Nasional (BN) yang asyik memilih bulu.- Malaysiakini


    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG BATANG SADONG 2010

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG BATANG SADONG

    Jawatan Yang Dipertandingkan:

    Ketua Cabang - 1 jawatan
    Timbalan Ketua Cabang - 1 jawatan
    Naib Ketua Cabang - 1 jawatan
    Ahli Jawatankuasa
    - 15 jawatan

    Borang Pencalonan boleh diperolehi daripada mana-mana Pejabat Keadilan atau Ketua Cabang atau daripada saya.

    Tarikh Pencalonan : 5 September 2010 bermula 10.00 pagi - 4.00 petang
    Tempat : 320, Kpg Kanchong Jaya, Gedong, Simunjan

    Tarikh Mesyuarat : 26 September 2010 bermula jam 10.00 pagi
    Tempat : 320, Kpg Kanchong Jaya, Gedong, Simunjan


    Semua ahli Keadilan yang berdaftar di Cabang Batang Sadong dijemput hadir. Pastikan anda membayar yuran tahunan RM2.00 sebelum menghadiri mesyuarat. Pertanyaan lanjut bolehlah berhubungan dengan Sdra Sakawi Nahri, 013 561 7183 atau saya 014 886 0118.

    Monday, August 30, 2010

    Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

    Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, “sejarah” ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

    Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

    Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

    Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

    -Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

    -Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

    -Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

    -Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

    -Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

    -Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

    Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.
    Dirgahayu Malaysia tanahairku.

    ANWAR IBRAHIM
    KETUA UMUM KEADILAN

    K'tan saman Petronas berhubung royalti minyak

    Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

    Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

    Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.

    Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.

    Anggota pula mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.

    Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

    Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ikhsan" sebanyak RM20 juta.- Malaysiakini

    Sunday, August 29, 2010

    Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?

    Apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau sedia meletak jawatan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi, senario politik di Sarawak diselubungi desas-desus bahawa beliau sedang membuat persiapan untuk berundur diri.

    Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik merasakan bahawa kenyataan Taib itu hanya satu peringatan yang merupakan muslihat sekadar "untuk menguji".

    Sejak akhir-akhir ini, Taib, 74, Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Sarawak (29 tahun sejak 26 Mac, 1981), menjadi sasaran khabar angin berhubung dakwaan kekayaannya yang melimpah ruah.

    "Beliau tidak akan meletak jawatan. Beliau hanya ingin tahu siapa yang bersungut. Kenyataan beliau merupakan satu muslihat untuk mengetahui siapa yang menentangnya," kata seorang penganalisis politik di University of Monash, James Chin.

    Chin percaya kenyataan mutakhir Taib itu mungkin ada kaitan dengan khabar angin bahawa SUPP, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, mahu beliau berundur memandangkan beliau dilihat tidak lagi diyakini oleh kalangan beberapa kelompok dalam komuniti setempat.

    Terdapat desas-desus bahawa SUPP berkemungkinan telah melobi kepimpinan pusat supaya campurtangan untuk berbincang dengan Taib, menyerupai langkah yang dilakukan pada 1980-an ketika parti itu mahu bapa saudara Taib, Tan Sri (kini Tun) Abdul Rahman Yaakub, meletak jawatan sebagai Ketua Menteri atau jika tidak, parti itu akan keluar daripada BN.

    Rahman kemudian menentang dengan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Sarawak tetapi gagal membuahkan hasil dan akhirnya meletak jawatan namun meletakkan syarat agar anak saudaranya, Taib, dilantik sebagai penggantinya.

    Chin berkata kenyataan Taib bukanlah perkara baru dan satu-satunya reaksi segera daripada kenyataan sedemikian adalah pelbagai parti, persatuan, dan badan bukan kerajaan mungkin akan membuat gesaan supaya beliau terus memegang jawatan.

    Besar kemungkinan partinya sendiri, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) akan meluluskan resolusi menyokongnya dan Taib akan terus menerajui BN Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang, katanya.

    Seorang lagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, percaya bahawa Taib ingin menguji setakat mana kepimpinan pusat akan menyokong beliau ekoran khabar angin yang mahu beliau berundur.

    "Beliau mungkin tidak serius dalam hasratnya untuk berundur seperti mana beliau mahu terus memegang jawatan. Apa yang beliau lakukan sekarang ialah untuk melihat sama ada kepimpinan pusat mahu menyokong beliau atau tidak. Jika kepimpinan pusat tidak mahu menyokongnya, maka beliau (Taib) akan melihat pilihan lain yang ada untuknya. Kemungkinan besar beliau akan melihat situasi yang menguntungkan semua sebagai strategi jalan keluar," katanya.

    Bagaimanapun, Dr Sivamurugan berkata siatuasi itu agak sukar untuk ditangani oleh kepimpinan pusat memandangkan ia memerlukan pelan peralihan yang lancar, jika tidak akan mengakibatkan pertelingkahan dalaman yang mungkin melemahkan PBB, tunjang kepimpinan BN negeri.

    Dr Sivamurugan berkata sesiapa sahaja yang menggantikan Taib perlu dilihat sebagai berwibawa dan berupaya menyeimbangkan keperluan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak, yang mempunyai lebih daripada 40 kumpulan sub-etnik, setiap satunya dengan bahasa, budaya dan gaya hidup tersendiri.

    Tidak hairanlah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata pada Jumaat lepas beliau akan mengadakan perbincangan 'hati ke hati' dengan Taib berhubung masa depan kepimpinan negeri.

    Ini dapat difahami memandangkan PBB merupakan tonggak kekuatan BN di Sarawak dan adalah adil untuk berbincang terlebih dahulu sebelum apa jua keputusan dibuat.

    Di peringkat negeri, sudah pun ada gesaan supaya beliau kekal sebagai Ketua Menteri, dengan yang pertama, seperti yang dijangka, dibuat oleh oleh sayap Pemuda PBB, disusuli oleh dua parti komponen BN, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Hanya SUPP masih belum menyatakan pendirian secara terbuka berhubung kenyataan mutakhir Taib itu.

    Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom berkata Sarawak masih memerlukan Taib kerana "beliau adalah pemimpin, beliau seorang yang pintar dan mana boleh siapa pun bercakap tentang pengunduran beliau?"

    "Adakalanya beliau agak letih, beliau seharusnya berehat sedikit, tetapi beliau adalah pemimpin (bagi negeri ini). Apa yang kami hadapi (dan) apa yang negeri ini ceburi, kami benar-benar memerlukan beliau kerana beliau adalah penggerak utama dan beliau meletakkan kita semua di peta dunia. Tidak, beliau tidak akan meletak jawatan dan saya sendiri akan memastikan beliau terus memimpin," kata Mawan, seperti yang dipetik dalam laporan akhbar tempatan.

    Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing juga berkata parti itu akan menyokong Taib selagi beliau mahu memimpin negeri ini.

    "Dalam permukiman BN di Mulu baru-baru ini, setiap daripada kami (parti komponen BN negeri) menyatakan pendirian berhubung KM (Taib) untuk mengetuai BN dalam pilihan raya umum akan datang. Dan PRS tidak mengubah pendiriannya, selagi KM mahu memimpin, kami akan berdiri teguh di belakangnya," kata Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak.

    Bagaimanapun, seorang penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata menjadi kelaziman bagi pemimpin lain di negeri ini untuk mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka memerlukan beliau memandangkan "semua orang tahu Taib sangat berkuasa dalam politik dan tiada siapa pun yang berani meminta beliau berundur kerana masa depan politik mereka
    bergantung kepada beliau."

    Dr Jeniri berpendapat perbincangan "hati ke hati" Najib dengan Taib perlu digunakan sebagai wadah untuk memberitahu Ketua Menteri mengenai situasi politik di peringkat akar umbi dan Taib juga mendengar "suara hati" dari Sarawak.

    Beliau berkata kenyataan Taib mengenai keinginannya untuk berundur pada kali ini adalah ikhlas memandangkan beliau sedar tentang perubahan dalam landskap politik.

    "Tanggungjawab ini terletak di bahu beliau, bukan Perdana Menteri atau partinya," katanya.

    - Bernama

    Kunjung masjid: William Leong pula jadi sasaran

    Utusan Malaysia meneruskan serangannya terhadap ahli parlimen pembangkang bukan Islam yang mengunjungi surau dan masjid dalam bulan Ramadan itu.

    Selepas kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu, kali ini ahli parlimen PKR, William Leong Jee Keen pula menjadi sasaran Utusan kerana mengunjungi Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

    Mingguan Malaysia - akhbar milik kerajaan itu - melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

    Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

    Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

    Dalam kenyataan semalam Teo menjelaskan bahawa beliau hanya berucap secara ringkas mengenai peluang pendidikan di bawah kerajaan Selangor apabila diminta menyampaikan sepatah dua kata.

    Akhbar tersebut seterusnya memetik lamanweb berkenaan sebagai berkata Willaim menggunakan 'modal' yang sama, iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat, seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

    Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor Utusan lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

    Majlis sumbangan yang disampaikan oleh William tu disiarkan oleh sebuah akhbar semalam.- malaysiakini


    Saturday, August 28, 2010

    'Sarawakians in peninsula want Taib to go'

    KUCHING: Sarawakians living in Peninsular Malaysia have joined forces with their fellow citizens in Sarawak in urging Chief Minister Abdul Taib Mahmud to step down sooner than later.

    Movement For Change, Sarawak (MoCS) leader Francis Paul Siah said today that many Sarawakians living in Kuala Lumpur, Penang and Johor Baru want the chief minister to call it a day as soon as possible.

    “I have met about 300 Sarawakians in these three cities over the past month and they all shared similar sentiments – Taib has overstayed his welcome as CM and he must go,” Siah said in a statement today.

    “The Sarawakians I met comprise professionals, blue-collar workers and students. All of them are aware of political developments in their home state and are concerned about issues which have negatively affected Sarawak,” he said.

    Siah, a veteran Sarawak editor, was also a Kuala Lumpur resident for the past 17 years. He moved back to his home town of Kuching recently to spearhead MoCS – an independent movement which aims to establish a new political culture in Sarawak.

    MoCS has received tremendous response from Sarawakians in peninsula, said Siah, adding that the movement was attracting support and endorsement because it was an independent entity and not a political party.

    Overused dilly-dallying tactic


    On Taib’s statement on Tuesday that he could not decide for himself on when he should leave office as it was up to the party and the prime minister, Siah said that the chief minister should stop kidding himself and the people with that overused dilly-dallying tactic.

    “Taib is PBB and he is bigger than PM Najib (Tun Razak) – everybody knows that. If he wants to step down, who in PBB or Najib dare to say ‘No’ to him. Even if the prime minister asks Taib to step down, it is not likely that he will obey Najib’s order. Taib is that powerful,” opined Siah.

    He said Taib should take the feedback of MoCS seriously as it was the general consensus among the people of Sarawak that they wanted change in the state and that change should start at the top.

    “There is no more reason for Taib to stay a minute longer as CM,” Siah added.

    He said many Sarawakians were forced to leave the state for the peninsula because they find no future in their home state. One reason for this is the bad policies of the Taib administration.

    Siah said that many Sarawakians in the peninsula told him that they were ready to return to Sarawak if there was something worthwhile for them to do in the state.

    The 74-year-old Taib, who is the state's longest-serving chief minister (29 years since March 26, 1981), has been the target of extreme excesses in recent months. He is said to be under tremendous pressure, even from within the BN, to call it a day.- FMT

    Rumah RM21 juta: Hadiah untuk keluarga Taib?

    Adakah syarikat pembalakan Samling menghadiahkan rumah agam berusia 100 tahun di Seattle bernilai sekurang-kurangnya US$6.8 juta (RM21 juta) kepada keluarga ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud?

    Soalan itu diajukan di sebuah laman sesawang anti-Abdul Taib - Sarawak Report dalam siri terbarunya yang mendedahkan kepincangan di negeri itu.

    Rumah agam itu dibeli oleh firma Pelaburan CSY yang berpangkalan di California pada 1991 melalui anak syarikatnya, WA Boylston Inc, dan pemilikan hartanah itu didakwa dipindahkan kepada keluarga Taib beberapa tahun kemudian dengan harga nominal US$1 (RM3.1).

    Menurut Sarawak Report, CSY adalah huruf pertama nama presiden Pelaburan CSY, - Chee Siew Yaw - anak lelaki Yaw Teck Seng yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai rakyat Malaysia yang ke-13 terkaya di Malaysia bersama anak sulungnya, Yaw Chee Ming.

    Teck Seng, 72, adalah pengasas konglomerate Samling Global, yang menjalankan operasi pembalakan di hutan di Sarawak sebelum berpindah ke luar negara seperti Guyana, Russia dan China.

    Awal minggu ini, dana pencen Norway mengumumkan keputusan kerajaan untuk melupuskan 16 juta sahamnya di Samling berikutan operasi 'tidak beretika' yang dijalankan di syarikat itu di Sarawak dan Guyana. Ia termasuk dakwaan menjalankan kegiatan pembalakan haram dan memusnahkan alam sekitar.

    Bagaimanapun semalam, Abdul Taib mempertahankan Samling, sambil menyifatkannya sebagai syarikat yang 'bertanggung-jawab'.

    “Abdul Taib dalam kapasitinya sebagai ketua menteri, menteri kewangan, menteri perancangan negeri dan sumber - telah menguasai pengeluaran lesen pembalakan Sarawak untuk lebih 30 tahun, - ini menimbulkan persoalan berhubung tindakannya yang memihak syarikat tidak beretika,” kata Sarawak Report.

    Rumah agam dua tingkat ini, pada pada asalanya dibina pada 1910. Ia terletak di kawasan kejiranan eksklusif di Boylston Avenue East yang mempunyai pandangan bandar Seattle.

    Bangunan ini mempunyai enam bilik mandi, lima bilik tidur dan bilik bawah tanh, patio yang luas, garaj, gazebo, kolam renang dan gelanggang tennis.

    Menurut Sarawak Report, rumah agam milik keluarga ini mempunyai kawasan yang boleh memuatkan enam padang bola.- Malaysiakini

    Friday, August 27, 2010

    Banci tanah NCR: Menteri S'wak dibidas

    Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian membidas Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri, Mohd Naroden Majais, yang berkata masyarakat pribumi hanya boleh membanci tanah mereka melalui perwakilan yang dilantik BN.

    "Ini politik. Semua ini karut dan tidak bertanggungjawab bagi beliau berkata demikian. Jika kerajaan ikhlas membantu masyarakat pribumi, ini tidak sepatutnya menjadi isu,” katanya ketika dihubungi.

    Selasa lalu, Mohd Naroden berkata kerajaan negeri tidak boleh bertindak bagi menjalankan bancian tanah untuk tujuan dituntut sebagai tanah hak warisan pribumi (native customary rights) (NCR) jika ia dibuat melalui perwakilan pembangkang.

    Baru (kiri), yang telah berdekad lamanya mempertahankan tanah warisan masyarakat pribumi sebagai seorang peguam berkata kenyataan menteri muda itu membuktikan kedangkalannya berhubung tanah NCR.

    "Adalah menjadi tanggung-jawab kerajaan untuk menjalankan bancian tanah menurut seksyen 18, Kanun Tanah Sarawak,” katanya.

    Katanya jika ada bukti yang mencukupi berhubung pemilikan, mereka sepatutnya memberikan geran tanah, tetapi kerajaan hanya memberi alasan demi alasan.

    Sebelum ini, kerajaan negeri Sarawak mendakwa Jabatan Tanah dan Bancian negeri tidak dapat menjalankan kerja-kerja bancian kerana kekurangan dana.

    Untuk mengatasi masalah itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kemudiannya mengumumkan peruntukkan dana persekutuan sebanyak RM20 juta untuk tujuan berkenaan.

    Pengumuman itu bagaimanapun gagal meyakinkan Baru yang berpengalaman luas berurusan dengan tanah NCR dan menyidfatkan tindakan itu “hanya retorik”.

    "Saya beranggapan mereka tidak mahu bancian dijalankan kerana khuatir seluruh Sarawak sebenarnya milik masyarkat pribumi,” katanya.

    Sekalipun bancian dijalankan, namun menurut peguam berbangsa Orang Ulu itu, masyarakat pribumi besar berkemmungkinan akan ditipu. malaysiakini

    Proses pemilihan langsung KEADILAN bermula esok

    Sepuluh cabang PKR di Kedah dan Kelantan akan menjadi bahagian pertama yang menerima pencalonan untuk mesyuarat agung tahunannya esok selepas sistem 'satu anggota satu undi' diperkenalkan.

    Ekoran itu, cabang-cabang itu - masing-masing lima di Kedah dan lima di Kelantan - juga bakal menjadi yang pertama menjalankan pemilihan langsung dalam sejarah PKR dan dan parti-parti politik di Malaysia.

    Di Kedah, cabang terbabit ialah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Alor Setar dan Kuala Kedah.

    Manakala di Kelantan pula ialah di Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

    Menurut beberapa orang pengawas pemilihan PKR, proses pencalonan esok akan berlangsung di tempat yang ditetapkan bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

    Dalam tempoh tersebut, tambahnya, anggota cabang yang berminat bertanding merebut 18 jawatan dalam cabang serta sepuluh kerusi dalam sayap Pemuda (AMK) dan Wanitanya, boleh mengisi borang pencalonan, bersama seorang penyokong dan pencadang.

    "Ia lebih kurang macam proses penamaan calon dalam pilihan raya," kata mereka kepada Malaysiakini hari ini.

    Menurutnya lagi, selepas tujuh hari, nama yang dicalonkan akan dipamerkan untuk bantahan selama tiga hari.

    "Jika terdapat bantahan, selepas empat hari lagi apabila jawatankuasa pemilihan pusat membuat keputusan, senarai akhir yang layak bertanding akan diumumkan," jelasnya.

    Proses pencalonan setiap cabang akan dikendalikan oleh beberapa petugas yang dilantik jawatankuasa pemilihan pusat PKR.

    Lebih 400,000 anggota PKR daripada 205 cabang akan terlibat memilih dalam pemilihan PKR tahun ini sebelum pertandingan jawatan tertinggi parti itu akan dibuat November ini dalam kongres tahunnya.

    Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober depan.Semua cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai esok hingga 12 September.

    PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP.
    Semua ahli parti yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang - pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 jawatan ahli jawatankuasa.

    Para ahli juga akan mengundi bagi 10 jawatan dalam sayap Wanita dan 20 jawatan bagi sayap Pemuda PKR.- malaysiakini

    Thursday, August 26, 2010

    Melawan Politik Perkauman Sempit

    Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat:

    Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.
    Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

    Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.
    Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:

    “Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”

    Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

    Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

    Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

    YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
    Ketua Umum Keadilan

    YB Ust Nasharuddin Mat Isa
    Timbalan Presiden Pas

    YAB Lim Guan Eng
    Setiausaha AgungDAP

    Yet another Pakatan State Declares Raya BONUS

    SHAH ALAM: Civil servants in the Selangor government will receive RM500 gift in conjunction with Hari Raya celebrations next month. Selangor became the second Pakatan Rakyat-administrated state in the country to offer Hari Raya bonuses to their state staff

    Early last week, Penang declared that it would pay out RM1.5 million in festive bonus to its 3,577 staff. Each will receive RM400.

    Speaking to reporters, Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim said the 9,089 state employees , except officers on the JUSA (top management group) grade and above, will benefit from this gesture.

    He said the disbursements will be issued before the celebrations.

    ‘We’re setting aside RM4.5 million for this exercise. The state has also made an additional RM1.3 million allocation for special disbursement to religious teachers.

    “All religious teachers under Selangor will receive RM250 each to help with Hari Raya expenses,” said Khalid.

    He also advised all Selangor staff and teachers to be prudent with their festive expenses and not over-extend themselves into debts.

    Meanwhile, civil servants in Umno-Barisan Nasional-run states are also waiting.

    They are hoping that Prime Minister Najib Tun Razak will also announce a special bonus for the 1.4 million-strong civil service.

    A festive bonus would be a great way to show that Najib cares and that 1Malaysia truly puts “people first”.- FMT

    Wednesday, August 25, 2010

    Jual tanah kepada anak Taib, S'wak rugi lebih RM300 juta

    Sebuah syarikat yang dimiliki oleh anak-anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya memperolehi tiga bidang tanah di Kuching pada harga yang tersangat rendah. Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri itu kehilangan potensi pendapatan RM300 juta.

    Ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang membuat pendedahan itu berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan seluas 269 ekar di bandaraya itu kepada Monarda Sdn Bhd pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar purata RM291,000 bagi setiap ekar.

    "Harga pasaran adalah dalam lingkungan RM1.5 juta dan RM2 juta bagi setiap ekar. Jika dijual secara tender, kerajaan negeri akan memperolehi pendapatan antara RM400 hingga RM500 juta,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Sebaliknya, Monarda, yang mempunyai modal berbayar RM100 hanya perlu bayar RM78.28 juta untuk tiga bidang tanah itu,” katanya.

    "Kami tuntut kerajaan negeri beri penjelasan penuh dan bertanggung-jawab kepada rakyat Sarawak,” kata Chong yang juga adalah setiausaha DAP Sarawak.

    Modal berbayar RM100

    Tiga bidang tanah itu terletak bersebelahan lapangan terbang antarabangsa Kuching berhampiran Stutong. Terdapat pangkalan tentera udara di lokasi yang sama.

    Monarda diterajui oleh ank sulung Taib - Abu Bekir, yang memegang 52 saham dan seorang yang dikenali sebagai Choong Sun Nam, yang memiliki 12 saham.

    Pemegang saham lain termasuk, anak perempuan Taib - Jamilah dan Hanifah Hajar, serta menantunya Anisa Hamidah Abdullah, yang masing-masing juga memegang 12 saham.

    Chong, yang mengesan kaitan keluarga Taib itu melalui semakan pendaftaran tanah dan syarikat berkata pengasingan tanah itu adalah yang terbesar pernah dilakukan.

    "Tanah ini sekarang adalah kosong dan Monarda tidak menjalankan sebarang urusniaga sejak ia ditubuhkan,” katanya.

    Awal tahun ini, tiga aduan dibuat kepada Suruhanjaya Anti Pencegahan Rasuah Malaysia yang mendakwa Taib dan keluarganya menggunakan kedudukan mereka bagi menguasai empayar hartanah bernilai RM3 bilion.

    Dua dokumen didedahkan di laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa Taib menggunakan proksi bagi mengawal kepentingan sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Sakti International Corporation, yang ketika itu bernilai US$80 juta (RM250 juta).- Malaysiakini

    Umno: Dengan atau tanpa Taib, BN tetap menang

    Umno yakin BN mampu mempertahankan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang sekalipun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat keputusan mengundurkan diri.

    Mengulas pengumuman mengejutkan Abdul Taib semalam yang beliau sedia mempertimbang untuk bersara dari politik selepas menerajui Sarawak selama 29 tahun, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan berkenaan langsung tidak akan menjejaskan peluang BN.

    “Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,” kata Tengku Adnan yang juga adalah setiausaha agung Umno.

    Abdul Taib semalam berkata beliau tidak dapat membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi DUN diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang kerana perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

    Namun katanya, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

    "Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

    Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

    Tengku Adnan hari ini menafikan spekulasi bahawa Umno meletakkan tekanan ke atas Abdul Taib untuk berundur kerana pemimpin berkenaan sejak akhir-akhir ini mendapat publisiti buruk di media berhubung dakwaan kekayaan beliau dan keluarganya.

    “Tiada tekanan dari pihak kami (Umno), tetapi kami menerima jika beliau mahu berundur. Mungkin dia (Taib) sudah terlalu lama dalam politik.

    “Jika seseorang terlalu lama memegang kuasa, orang ramai akan mula bosan. Dia juga mungkin sudah penat, jadi kenyataannya itu memang adil,” kata Tengku Adnan ketika dihubungi.

    Katanya, keadaan Abdul Taib itu mencerminkan apa yang berlaku ke atas bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang persaraan selepas BN mengalami kemerosotan sokongan pada 1999.

    “Hanya negarawan yang memikirkan kepentingan negeri daripada hanya dirinya sendiri. Bagi Umno, ada pemimpin lain yang mampu untuk ambil-alih jika Taib berundur,” katanya.

    Di sebalik penafian Tengku Adnan, akhbar-akhbar yang dimiliki Umno hari ini memberi pendedahan meluas terhadap kenyataan Abdul Taib itu.- Malaysiakini

    PAS: 'Hero pasir' - Noh Omar tak berani kokok lagi

    Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.

    Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

    "Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas menteri besar) Datuk Seri Khir Toyo.

    "Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," katanya.

    Pada 21 Ogos lalu, Khalid mengumumkan SPRM dan KSSB bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas - dianggotai wakil kedua-dua pihak - bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di negeri itu.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana mengambil pendekatan itu "supaya SPRM lebih bebas memantau operasi KSSB" dan mengesan sekiranya ada prosedur yang membuka ruang kepada rasuah.

    "PAS berpandangan tindakan ini menunjukan betapa serius kerajaan Pakatan yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum.

    "Selama ini industri pasir merupakan lubuk emas untuk kroni Umno. Kesannya yang kaya (hanyalah) kroni, manakala negeri dan rakyat makan lumpur," katanya.

    Menurut Idris lagi, apabila industri pasir distruktur semula selepas Pakatan memerintah, kutipan royalti semasa jauh mengatasi zaman pemerintahan BN sebelum ini.- Malaysiakini

    Tuesday, August 24, 2010

    Khatib pertahan doa untuk Lim Guan Eng

    Zakaria Ahmad, khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, mempertahankan tindakannya itu dan berkata ia tidak salah di sisi agama.

    "Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

    "InsyaAllah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di Georgetown.

    Beliau menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.

    Yang Dipertua MAIPP, Elias Zakaria, berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan keterangan Zakaria dan hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat MAIPP untuk tindakan lanjut.

    Katanya, setakat ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Zakaria dan khatib itu juga bersetuju untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

    Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan polis telah mengambil keterangan Zakaria hari ini.

    "Kita cuba menyelesaikan siasatan berhubung kes ini hari ini," katanya.

    Isu membaca doa untuk Lim bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

    - Bernama

    Sunday, August 22, 2010

    Anwar: Isu khutbah fitnah terbaru Umno

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu khutbah Jumaat merupakan fitnah terbaru "yang dimainkan oleh Umno untuk menyemarakkan api kebenciandi negara ini.

    "Tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata," katanya.

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut.

    Anwar berkata, beliau sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang.

    Bagaimanapun, katanya beliau mendapati tuduhan tersebut tidak berasas.

    "Bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak," katanya sambil menambah pimpinan Umno berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

    Katanya, ia juga menunjukkan kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera.

    "Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecahbelahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera.

    "Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang Adil.

    "Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu.

    "Hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang," tambahnya.- Malaysiakini

    PAS: Isu khutbah 'fitnah dan pembohongan' Umno

    PAS Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh kepada DAP dalam menyangkal dakwaan bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

    Timbalan pesuruhjaya PAS negeri, Mujahid Yusof Rawa (kanan), menuduh Umno melakukan "fitnah dan kebohongan" apabila mendakwa bahawa beberapa kathib atau imam di Pulau Pinang telah menggunakan nama Lim untuk menggantikan nama Seri Paduka, sedangkan dakwaan itu belum terbukti.

    "Ini adalah satu dusta, dan amat dikesali kerana (dakwaan itu) dibuat dalam bulan Ramadan," kata Mujahid yang juga ahli parlimen PAS Parit Buntar.

    "Jika kita ingin bermain politik, kita tidak boleh melebihi batasannya, terutama pada bulan ini," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

    Mujahid yang pengerusi PAS Bayan Baru berkata, PAS menolak kenyataan-kenyataan yang berunsur 'fitnah' yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.

    Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya menyerahkan kepada PAS tugas membela hak orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.- Malaysiakini