Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan nama Abdul Razak Halili yang didakwa menyebabkan kekecohan ketika pemilihan cabang parti itu sebagai menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pertengahan minggu lalu, Muhyiddin mencabar Saifuddin supaya membuktikan dakwaannya bahawa pihak luaran telah mensabotaj pemilihan beberapa cabang parti itu 26 September lalu.
“Dia kata namakan, saya kata ok. Saya berikan satu nama, Razak Halili, bukan anggota parti,” katanya dalam wawancara khas bersama media di Ibu Pejabat KEADILAN semalam.
Selain itu menurut Saifuddin, beliau sedang meneliti satu lagi nama yang dipercayai ahli sebuah 'parti terbesar' dalam Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun beliau enggan menamakan parti itu tetapi memberitahu akan 'checkmate' Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno sebaik sahaja memperoleh maklumat lengkap.
“Saya ada satu lagi nama, yang tengah saya teliti, yang terlibat di Cabang Klang. apabila saya dapat, saya akan ‘checkmate’ Tan Sri Muhyiddin,” jelasnya.
Saifuddin menegaskan Abdul Razak adalah antara beberapa individu yang dikenalpasti bukan ahli KEADILAN yang didapati menyebabkan kekecohan pada waktu hampir seiringan di tiga cabang Selangor dua minggu lalu.
Cabang tersebut membabitkan Kuala Langat, Klang dan Kapar.- Suara Keadilan