Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, October 19, 2009

    CUTI UMUM HARI MALAYSIA


    Sambutan 916 2009. Nampak ringkas tapi penuh makna.

    16 September 1963 merupakan detik pembentukan Malaysia. Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura bersetuju membentuk pakatan sebuah negara Malaysia.

    Sepatutnya inilah tarikh yang diraikan untuk kemerdekaan Malaysia. 31 Ogos cuma memerdekakan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia)

    Lantaran itu, Keadilan Sarawak telah mengambil inisiatif menyambut 916 dengan menaikkan bendera Malaysia di Padang Merdeka sejak 2005.

    Kali pertama sekitar 30 orang anggota Keadilan diketuai Sdra Dominique Ng (sekarang YB), berada di Padang Merdeka( juga dikenali Padang Central) menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku.

    Ketika itu, pihak keselamatan termasuk FRU bersiap sedia dengan lori merah mengelilingi Padang Merdeka kerana itu perhimpunan haram.

    Hari ini, perjuangan mendesak agar 16 September diiktiraf menjadi kenyataan. Tahniah kepada semua yang terlibat.