TAHNIAH. Baru Bian anak jati Lawas telah dilantik menjadi Pengerusi, Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Keadilan Sarawak hari ini.
Presiden Keadilan Dato' Seri Wan Azizah berharap dengan perlantikan itu, Keadilan Sarawak mampu berkembang lebih pesat di bawah kepimpinan Baru.
Baru Bian, seorang peguam yang juga bekas ahli PBDS serta terlibat dalam pembentukan MDC, terkenal dengan perjuangan menuntut hak tanah NCR merupakan Penegerusi ketujuh Keadilan Sarawak sejak 1999.