Twitter Updates
Papan Kenyataan
Custom Glitter Text
Myspace Photo Cube
PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA
Manfaat Utama
• Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.
• Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.
• Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.
• Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.
• Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.
MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
Thursday, July 29, 2010
Wednesday, July 28, 2010
MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'
Perbandingan pendapatan pasir Selangor seperti jadual menunjukkan perbezaan ketara semasa era BN dan PR.
Thursday, July 22, 2010
JADIKAN PENJARA PUSAT KUCHING SEBAGAI MUZIUM: YB DOMINIQUE NG
di hadapan bekas Penjara Pusat Kuching
Sejarah penjara di Kuching bermuja sejak 1882. Sejak itu pelbagai nama besar telah menjalani hukuman di penjara ini. Yang paling dikenang ialah Allahyarham Rosly Dobhy dan rakan-rakan yang menjalani hukuman gantung pada 2 Mac 1950. Mereka menjalani hukuman gantung di penjara ini dan turut dikebumikan di kawasan penjara.
Pada 1962, penjara ini turut menjadi tempat tahanan ahli politik yang terlibat dalam gerakan anti koloni sebelum mereka dipindahkan ke pusat tahan lain.
Dominique Ng mencadangkan agar penjara yang lebih tua daripada Penjara Pudu ini dijadikan Muzium Penjara untuk mengingati pejuang Sarawak yang dihukum pada zaman penjajahan.
PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika
Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.
Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.
Na
S'gor siasat punca bumbung pangsapuri terbang
Menurut laporan, sebanyak 57 blok pangsapuri kos rendah terlibat dalam projek tersebut.
"Kerajaan Selangor (PR) pula telah mengganti bumbung untuk dua blok dengan kos RM372,196 atau kos purata RM186,096 seblok.
"Bumbung yang diganti itu masih kukuh hingga ke hari ini," tambahnya.- Malaysiakini
Wednesday, July 21, 2010
Isu pasir: Noh didakwa sasar Khir, bukan Khalid
"Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."
Ke
Tuesday, July 20, 2010
Pakatan cadang kutip RM20 juta bagi tawan Putrajaya
Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?
Me
"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.
"R
Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.
UMNO Desperado
Oleh Zaid Ibrahim
Sebagai seorang bekas ahli parti UMNO yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat UMNO yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.
Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah UMNO yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’
Yang terakhir sekali, Presiden UMNO meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan UMNO yang tersegah besar itu yang dibiayi oleh Malayan Banking). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini.
Mereka tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini. Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada UMNO, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.
Betapa silapnya teori politik mereka.
Ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk UMNO dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:
Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.
Sebagai bonus, ketua-ketua UMNO dan yang berjawatan Menteri atau Ketua Menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat.
Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka.
Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.
Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.
Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya.
Monday, July 19, 2010
Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?
Wednesday, July 14, 2010
Respon DSAI Terhadap Fitnah Utusan
Monday, July 12, 2010
PR pertahan air percuma untuk rakyat, bidas Muhyiddin
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata tuduhan bahawa pemberian air percuma kepada rakyat menyebabkan Selangor menuju kemuflisan adalah usaha untuk mengalihkan perhatian dari kelemahan pentadbiran BN di negeri ini.
Timbalan Presiden UMNO itu dilaporkan berkata Selangor menuju krisis air dalam masa dua tahun sekiranya ia meneruskan skim pemberian air percuma kepada rakyat.
Beliau berkata sikap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan membebankan rakyat dengan tarif air menyebabkan kerajaan negeri menyerap kos kira-kira RM13 juta setiap bulan.
Tony Pua menyanggah mimpi ngeri Muhyiddin ini dan berkata Selangor mampu menampung subsidi air RM120 juta setiap tahun kerana Pakatan Rakyat mampu mengekalkan belanjawan yang sihat dan seimbang hasil dari dasar jimat-cermat serta pembasmian rasuah.
Beliau menambah skim pemberian air ditampung keuntungan yang dijana anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, dari kepentingan minoritinya di syarikat-syarikat air seperti Splash dan Abass.
“Tan Sri Muhyiddin menyokong dan cuba mempertahankan kroni Umno, Syabas, dan ibu syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, yang menghadapi masalah kewangan serius, termasuklah bon mencecah RM6 bilion dan hutang ratusan juta ringgit,” kata Tony.
“Timbalan Perdana Menteri nampaknya telah salah fakta. Air percuma Selangor ini dibiayai hampir sepenuhnya oleh keuntungan dari kepentingan minoriti di syarikat-syarikat air seperti Splash dan Abass melalui anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd,” tambah beliau.
Muhyiddin membidas sikap berhati-hati kerajaan negeri Selangor yang sehingga kini enggan memperkenankan projek mengimport air Pahang, terutamanya penyerahan tanah untuk pembinaan pusat rawatan air Langat 2 bagi projek itu.
Tan Sri Khalid dalam satu pertemuan bersama wakil tenaga-tenaga industri sebelum ini berpendirian bahawa Projek Pemulihan Sungai Klang yang digerakkan Pakatan Rakyat adalah RM38 bilion lebih murah dari projek mengimport air Pahang.
Di Parlimen hari ini, Tony Pua menggesa Muhyiddin untuk menjelaskan mengapa kerajaan BN Selangor sebelum ini memeterai perjanjian penswastaan yang menguntungkan konsesi tetapi membebankan rakyat dengan kenaikan tarif 37 peratus pada 2008, 25 peratus pada 2011, 15 peratus pada 2014 dan 10 peratus setiap tiga tahun bermula 2014.- SelangorkiniOnline
Najib kecut, pendakwaraya Perancis bakal soal Bala pasal Altantuya di Paris 8 malam ini
SHAH ALAM 12 Julai – Isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kaitan beliau
dengan urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dijangka akan ditimbulkan oleh pihak pendakwaraya Perancis apabila menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini di Paris.
Peguam beliau, Americk Sidhu memberitahu Suara Keadilan, Bala yang kini berada di kota raya itu
dijangka memberi keterangan kepada pihak pendakwaraya Perancis pada jam 2 petang waktu
Paris atau 8 malam waktu tempatan hari ini.
“Bala kini berada di Paris bersama seorang lagi peguam beliau, Manjeet Singh Dhillon dan sesi
soalsiasat itu akan memakan masa selama lebih kurang empat jam.
“Saya tidak tahu apa yang akan ditanya kepada Bala tetapi setakat maklumat yang kita maklum kaitan beliau dengan kes Scorpene ialah melalui hubungan Bala dengan Altantuya.
“Kita tahu Altantuya dijanjikan komisyen sebanyak A$500,000 dalam urus niaga tersebut dan sudah
tentunya pihak pendakwaraya mahu mendapat butiran lebih lanjut sama ada Altantuya memperolehi komisyen yang dijanjikan, daripada siapa atau syarikat apa, ke mana wang tersebut disalurkan dan untuk tujuan. Kalau beliau tidak dapat, kenapa? Peranan Bala dalam siasatan yang komprehensif ini hanya akan tertumpu apa yang beliau tahu melalui hubungan beliau dengan Altantuya dan mereka yang berhubungan dengannya,” kata Americk ketika dihubungi di
London.
Americk juga berkata pihaknya tidak dapat bertemu dengan peguam badan hak asasi manusia Malaysia,
Suara Malaysia (Suaram) kerana ini tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.
“Undang-undang Perancis melarang sama sekali sebarang hubungan dengan pihak pendakwaraya
sebelum bermula proses soalsiasat,” terang beliau lagi.
Tambah beliau, Manjeet dan Bala hanya dibenarkan bertemu dengan dua peguam yang mewakili Suaram yang bertindak sebagai pihak yang membuat aduan, pagi esok di Paris.
Salah seorang peguam Suaram yang akan ditemui termasuk Joseph Breham yang pernah berkunjung ke
Kuala Lumpur untuk memgumpul malumat berhubung penyiasatan kes skandal Scorpene April lalu.
Americk berkata rancangan pihak pendakwaraya Perancis untuk menyoalsiasat Bala telah dibuat
kira-kira sebulan lalu apabila beliau membuat persiapan untuk bertemu dengan pegawai penyiasat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Apabila kami bertanya kepada pihak pendakwaraya Perancis bahawa Bala akan berada di London untuk bertemu dengan SPRM dan samada mereka juga berminat untuyk bertemu beliau, mereka terus bersetuju tanpa banyak berfikir lagi,” kata Americk.
Walau bagaimana SPRM menarik diri pada saat akhir untuk bertemu Bala yang dijadualkan selama dua hari bermula 5 Julai lalu. –SUARAKEADILAN ONLINE
Bala bakal jadi ‘agen asing’ selepas Anwar – Mahfuz
Naib Presiden Pas itu membuat jangkaan demikian ekoran kesediaan Bala mendedahkan skandal rasuah berkaitan kapal selam Scorprene kepada sekumpulan penyiasat di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefacture, 8 malam ini iaitu jam 2 petang waktu Perancis.
“Itulah permainan pemimpin UMNO, mereka nak tutup rasuah yang membelit kapal tak boleh selam ini dengan tuduh beberapa individu ini sebagai agen asing.
“Saya percaya Bala ini akan difitnah seperti Datuk Seri (Anwar),” tegas beliau pagi tadi di lobi Parlimen.- Harakah
Menurut beliau, permainan itu semata-mata untuk mengelirukan rakyat dari melihat isu sebenar – kapal selam Scorpene bernilai EURO1.084 bilion yang dibeli dari Perancis masih menghadapi masalah teknikal hatta tak boleh menyelam.
Katanya lagi, sepatutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih awal membuka kertas siasatan berhubung skandal pembelian kapal selam yang dikatakan membabitkan Datuk Abdul Razak Abdullah Baginda (bekas panacea Datuk Seri Najib Razak) dan mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia yang dibom menggunakan C4).
“Suatu yang memalukan apabila Perancis pentingkan integriti, mereka tak mahu ada dakwaan kononnya ada agen misteri dalam negara mereka amalkan rasuah.
“Suatu yang pelik, SPRM hanya bersedia serah soalan siasatan kepada peguam Bala saja,” sindir beliau.
Dalam pada itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena turut mempersoal permainan media membunuh karektor Anwar.
“Dua hari lalu, dia fitnah Anwar upah CNN, kemudiannya dia fitnah Anwar ‘agen CIA’ pula, isunya kalau Anwar ‘Agen CIA’ hari-hari dia boleh masuk CNN dengan tak perlu bayar sebab CIA bayar,” ujar beliau sambil menganggap permainan media yang pro UMNO tertentu itu semata-mata bertujuan membendung kebencian rakyat pada kerajaan.
“Dulu masa PKR tak ada, mereka tuduh Pas agen asing, sekarang tuduh Anwar.
Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa CNN mungkin akan menyaman kerajaan Malaysia dan beberapa media terbabit.
“Dia ingat CNN ini macam TV3, itu bukan tuduhan pada Anwar, sebenarnya tuduhan itu boleh mendorong CNN saman media arus perdana (dan) mereka yang terbabit,” beliau menambah.
Sedangkan, beliau berkata, suatu firma misteri di Amerika Syarikat sebelum ini terbukti membayar sejumlah wang tertentu pada New York Times demi memastikan isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dimahsyurkan sebagai ‘First Lady’ dalam akhbar tempatan Amerika Syarikat pada 16 April lepas.
Sebelum pada itu, Pengarah Strategik PKR Nasional, Tian Chua mendedahkan bahawa pembekal memberi jaminan untuk memperbaiki kapal selam terbabit sepatutnya tamat pada 25 Jun lalu.
Namun, disebabkan terlalu banyak masalah teknikal, jaminan pembekal dipanjangkan sehingga 25 Mei lalu.
Tambahnya lagi, kos penyelenggaraan kedua-dua kapal terbabit dianggarkan akan terus meningkat dari anggaran yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu EURO270 juta setahun.
Sehubungan itu, beliau bersama-sama Mahfuz menuntut supaya segera menubuhkan suatu suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal kapal selam yang membazirkan EURO1.34 bilion wang rakyat.
Selasa lalu, Harakahdaily melaporkan bahawa Mahfuz turut mendakwa Bala serta Raja Petra Kamaruddin (pemilik blog Malaysia Today) mempunyai ‘kunci peti rahsia’ berhubung kes pembunuhan Altantuya.- HARAKAH
Akhbar baru PKR 'ditabur' di KL
Kesemua 400 salinan yang dibawa habis diedar "macam pisang panas" dalam masa 20 minit sahaja.
Ketika edaran itu dibuat, dua kereta peronda dan dua anggota pasukan keselamatan dilihat mengawal sekitar kawasan tersebut tetapi tidak menghalan pengedaran itu.
Keempat-empat pemimpin muda PKR itu setiausaha publisiti Lee Khai Loon, exconya Ramlan Roes, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Zaman Md Tasi dan Ketua AMK Cabang Batu Rozan Azen.
Air S'gor: TPM cuba lindungi Rozali, kata MB
"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.
"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya dalam satu sidang media di bangunan SUK hari ini.
Tambahnya, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.
"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," katanya.
Khalid berkata demikian sewaktu mengulas laporan media yang memetik kenyataan Muhyiddin bahawa negeri Selangor akan menghadapi krisis air serius menjelang 2014.
Dilaporkan, krisis tersebut, bakal berlaku disebabkan pentadbiran negeri masih 'bermain politik' dengan kerajaan persekutuan dalam isu pengurusan air Selangor.
Muhyiddin juga dilaporkan berkata, Selangor akan memperolehi bekalan air dari negeri Pahang sekiranya masih berada di bawah pentadibiran BN, yang menyetujui kontrak penyaluran air tersebut.
Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata masalah yang dihadapi dalam industri air Selangor adalah disebabkan usaha penswastaan oleh kerajaan BN sebelum.
Jelasnya, Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menguruskan sumber berkenaan.
Katanya, keadaan itu memaksa kerajaan persekutuan memberi pinjaman mudah berjumlah RM302.8 juta kepada syarikat tersebut pada Disember 2009.
"Ini pinjaman tak payah bayar selama lima tahun dan bayar sedikit-sedikit dalam masa 20 tahun. Kemudian, tidak ada faedah dikenakan. Ini bukanlah cara penswastaan yang kita kehendaki," katanya lagi.
Tambahnya, kerajaan Selangor tidak akan menghalang projek penyaluran air dari Pahang.
"Tetapi kita harapkan semua ini dilakukan supaya tidak ada yang dapat keuntungan berlebihan dengan jadi kontraktor kepada projek ini," tambahnya.- Malaysiakini
Sunday, July 11, 2010
PKR terbit edisi baru Keadilan
"Langkah ini diambil untuk tunjukkan bahawa kita sedia hadapi cabaran dan tekanan dari KDN," katanya.Tambahnya, tabloid Keadilan diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan memandangkan permit bagi Suara Keadilan, terbitan Pelita Koridor, masih belum diperbaharui.
"Ia boleh jadi 'Pelita Keadilan' atau apa saja. Kita akan kekalkan nama 'Keadilan'
Bagaimanapun, pengurusan akhbar tersebut tetap akan meneruskan usaha bagi membolehkan permit Suara Keadilan diperbaharui, tambahnya.- Malaysiakini
Wednesday, July 7, 2010
Bala, Raja Petra Ada ‘Kunci Peti Rahsia’ Kabinet Najib?
Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai ‘anak kunci peti rahsia’ kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
“Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang ‘kunci peti rahsia’ tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara,” jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.
Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.
“Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja,” jelas beliau.
Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar,” beliau menambah.
Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu ‘Raja Blogger’ terbabit semata-mata.
“Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua,” tegas beliau.
Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa ‘Raja Blogger’ itu mungkin mempunyai ‘kunci pendua’ peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.
“Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita,” jelasnya lagi.
Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu.- Harakah
Monday, July 5, 2010
Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno
Zaid 'belanja' Raja Petra, Bala ais kacang
“Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan polis tak tahu. Mustahil,” katanya dalam tulisan terbarunya.
Sunday, July 4, 2010
Sukarnya bila hilang kuasa, kata Nong Chik
Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.
"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.
"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka.
"Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.- Malaysiakini
Itu baru 3 tahun. Kami dah belasan tahun berkempen tanpa bantuan kemudahan jentera kerajaan,tanpa menggunakan dewan orang ramai tapi masih cekal. Baru hilang kuasa sikit dah merungut.
Serang Anwar Tapi Enggan Putus Hubungan APCO
Media arus perdana terus memainkan kunjungan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Washington DC, dengan pemimpin BN berganding-bahu dengan media pro-Zionis untuk mengecam dan mencemar imej pemimpin Pakatan Rakyat itu.
Utusan Malaysia dan media pro-BN memetik laporan dan rencana asing untuk memaparkan Anwar tunduk kepada Washington DC selepas beliau dikritik hebat kerana kenyataan yang disifatkan anti-semitik oleh pertubuhan-pertubuhan pro-Israel.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar bagaimanapun berkata Anwar di Washington DC tempoh hari tidak sama-sekali memohon maaf kepada rejim Tel Aviv mahupun dan enggan menarik-balik kecamannya terhadap Rumah Putih dan mana-mana syarikat berkaitan Zionis.
Shamsul berkata demikian mengulas serangan media mutakhir ini yang mendakwa Anwar berlutut kepada komuniti Yahudi, yang berang dengan serangan Anwar terhadap persekongkolan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma rundingan berkaitan Zionis, APCO Worldwide.
Najib sebelum ini dikecam hebat kerana melantik firma kontroversi itu untuk membantu kerajaan Umno. Najib juga dikritik kerana bersekutu dengan Presiden Barack Obama dalam menekan republik Islam Iran.
Disebalik serangan terbaru terhadap Ketua Pembangkang ini, Shamsul berkata Najib, dan jemaah menteri Umno masih enggan memutuskan hubungan mereka dengan firma berkaitan Zionis, Apco Worldwide.
“Apa yang kita lihat Utusan ,seolah-olah Utusan memainkan berita bahawa Anwar ini pula agen Yahudi, dan kemudian kita dedahkan kerajaan barisan nasional dibawah Dato’ Najib melantik firma yang didokongi oleh orang-orang yang terlibat dalam tentera perisikan ini dan kita dedahkan dalam Parlimen dan kita dedahkan bukti bahawa barisan nasional sebenarnya kerajaan yang betul-betul menggunakan khidmat Israel dan zionism ini dengan bayaran RM77 juta, jadi ada bezanya antara BN yang menggunakan khidmat terus dengan Dato’ Seri Anwar yang menerangkan apa yang berlaku di Malaysia ini,” katanya.
Pemerhati politik menyifatkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kini berlumba-lumba untuk membina imej di luar negara, terutamanya untuk bergambar bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Najib juga membuat kejutan dengan mengambil pendirian untuk bersekutu dengan Washington DC dalam menekan republik Islam Iran.
Shamsul menjelaskan kewibawaan dan ketrampilan Anwar di persada antarabangsa tidak dapat disangkal mana-mana pihak, bahkan Ketua Pembangkang itu tidak perlu menikam belakang mana-mana negara Islam atau melantik mana-mana firma berkaitan Zionis untuk menjalin kerjasama dengan dunia luar.
“Itu adalah satu jemputan Woodrow, satu pertubuhan yang meminta ,beliau untuk memberi ucaptama mengenai Islam and democracy in southeast asia,itu adalah satu isu yang terus menerus diperjuangkan oleh Dato’ Seri Anwar,tokoh reformasi di rantau asia ini,mengungkapkan makna Islam dan demokrasi,dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan tokoh-tokoh penting di dalam negara Amerika,tidak timbul dia datang ke sana untuk memujuk,dan menagih simpati daripada mereka yang Yahudi dan jew dan sebagainya di Amerika,” katanya.
Shamsul berkata Anwar mengambil peluang dari jemputan Woodrow itu untuk menjelaskan bahawa penentangan masyarakat Islam Malaysia adalah terhadap ideologi Zionis, dan rejim Israel yang menjajah bumi Palestin.
Bantahan kepada pencerobohan perisik Israel ke Bukit Aman serta perlantikan firma perunding berkaitan Zionis adalah manifestasi kemarahan rakyat Malaysia yang menolak ideologi gasar itu.
“Saya yakin,penegasan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar itu jelas Dato’ Seri Anwar menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Zionism dalam konteks masyarakat Islam di rantau asia khususnya di Malaysia bahawa Zionism itu satu perkara yang bersifat ganas, satu fahaman yang membawa kepada penjajahan,dan penjarahan,satu fahaman yang membawa kepada agression,kepada keganasan dan ini yang diterangkan oleh Dato’ Seri Anwar,” katanya.- Selangor TV