Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.
    Showing posts with label UMNO. Show all posts
    Showing posts with label UMNO. Show all posts

    Saturday, October 23, 2010

    Ucapan Anti-Demokrasi: Najib Didesak Pohon Maaf

    Entah apa gerangan dengan kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Razak sewaktu menyimpulkan ucapan perasmian beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin yang mana beliau telah menggesa semua anggota UMNO supaya tetap mempertahankan Putrajaya “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”.

    Kenyataan beliau tersebut jelas mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat kerana ianya seakan-akan menunjukkan bahawa anggota UMNO sanggup melakukan apa saja sehingga ke tahap mengganas dan menumpahkan darah hanya kerana mahu kekal berkuasa. Kenyataan Dato’ Sri Najib itu juga adalah bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak Merdeka hingga kini.

    Jika sekiranya ditakdirkan bahawa Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat Malaysia untuk menerajui Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan. Ini kerana hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana yang harus diberikan mandat untuk memimpin negara ini.

    Justeru, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden UMNO menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi. KEADILAN juga menuntut supaya Dato’ Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni.

    DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

    Monday, August 16, 2010

    PERGOLAKAN UMNO LAGI PARAH

    Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Terengganu, ketua badan perhubungannya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno supaya berhenti berkelahi sesama sendiri kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah mereka.

    Beliau menegaskan ketika diminta mengulas masalah yang berlaku di beberapa bahagian Umno, termasuk di Setiu, Terengganu.

    Bahagian itu dilihat bermasalah setelah empat ADUN dalam kawasan Parlimen itu, tidak menghadiri persidangan perwakilan yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 16 Julai lalu.

    Politik sesama sendiri, tegas Hishammuddin, perlu dihentikan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha membangunkan negara.

    "Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini," katanya semalam, lapor Bernama.

    Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan semua ketua Umno bahagian di negeri itu.

    Hishammuddin berkata pemimpin yang melakukan sesuatu yang tidak berkisar kepada realiti politik hari ini, akan dinilai peranan mereka oleh pucuk pimpinan terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

    "Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat," katanya.

    Katanya apa yang berlaku di Setiu menunjukkan Terengganu tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang perlu ditangani dengan baik.

    "Kita tidak ambil tindakan terhadap mereka. Dalam hal ini jangan kata pihak pembangkang pun tidak ada masalah dalaman, tetapi kerana mungkin belum berkuasa, mereka dapat menyembunyikannya daripada orang ramai," katanya.- Malaysiakini

    Thursday, July 22, 2010

    S'gor siasat punca bumbung pangsapuri terbang

    Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) diarah menjalankan siasatan terhadap bumbung pangsapuri di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bagi menentukan sama ada ianya masih selamat.

    Keputusan ini dibuat setelah bumbung-bumbung bagi 2 blok pangsapuri di situ telah diterbangkan oleh ribut kelmarin, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad.

    Bumbung itu telah diganti oleh kerajaan persekutuan ketika pilihanraya umum Hulu Selangor Mac lalu dan projek itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika program Juara Rakyat di Hulu Selangor sebelum itu.

    Menurut laporan, sebanyak 57 blok pangsapuri kos rendah terlibat dalam projek tersebut.

    Iskandar berkata, kerajaan persekutuan juga mesti melakukan satu siasat yang terperinci agar penduduk Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa tidak terdedah kepada sebarang bahaya.

    "Kerajaan persekutuan mesti mengenal pasti punca kegagalan bumbung tersebut dan kerja baik pulih mesti dilakukan dengan segera demi keselamatan rakyat.
    Kesemua 57 blok mesti disiasat dengan segera dan sekiranya telah berlaku sebarang penyelewengan, mereka yang bertanggung jawab mestilah dihukum.

    "Kerajaan persekutuan (BN) telah membaik pulih bumbung dan mengecat 57 blok pangsapuri dengan kos RM17.7 juta atau kos purata RM310,526.32 seblok.

    "Kerajaan Selangor (PR) pula telah mengganti bumbung untuk dua blok dengan kos RM372,196 atau kos purata RM186,096 seblok.

    "Bumbung yang diganti itu masih kukuh hingga ke hari ini," tambahnya.- Malaysiakini


    Wednesday, July 21, 2010

    Isu pasir: Noh didakwa sasar Khir, bukan Khalid

    Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

    Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

    "Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

    Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang.

    "Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Shuhaimi.

    "Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."

    Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Mohd Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno.

    Manakala Noh pula diberikan jawatan penting sebagai orang nombor dua dalam perhubungan Umno negeri bagi membantu tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusinya.

    Ke
    tika serangan bertubi-tubi kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat sejak minggu lalu, kedua-dua tokoh Umno itu bagaimanapun menyusun tindakan secara berasingan, sekali gus mencetuskan spekulasi berhubung persaingan sesama mereka.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi berkata tindakan Noh melawat dua kawasan tersebut sebagai reaksi kepada tindakan Dr Mohd Khir menunjukkan kawasan Dengkil - kawasan ADUN Marsum Paing yang didakwa penyokong kuat Noh.

    "Cara mereka bertindak membuktikan (isu) pasir di Selangor hanyalah 'batu loncatan mencari pengaruh' dan tidak lebih dari itu," kata Shuhaimi.

    "Isu pasir Selangor adalah ciptaan UMNO Selangor menyukat pengaruh masing masing, tidak lebih dari itu."- Malaysiakini

    Tuesday, July 20, 2010

    UMNO Desperado

    Oleh Zaid Ibrahim

    Sebagai seorang bekas ahli parti UMNO yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat UMNO yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.

    Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah UMNO yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

    Yang terakhir sekali, Presiden UMNO meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan UMNO yang tersegah besar itu yang dibiayi oleh Malayan Banking). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini.

    Mereka tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini. Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada UMNO, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

    Betapa silapnya teori politik mereka.

    Ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk UMNO dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

    Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

    Sebagai bonus, ketua-ketua UMNO dan yang berjawatan Menteri atau Ketua Menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat.

    Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka.

    Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

    Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

    Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya.