Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.
    Showing posts with label Pendapat. Show all posts
    Showing posts with label Pendapat. Show all posts

    Wednesday, July 21, 2010

    Isu pasir: Noh didakwa sasar Khir, bukan Khalid

    Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

    Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

    "Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

    Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang.

    "Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Shuhaimi.

    "Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."

    Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Mohd Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno.

    Manakala Noh pula diberikan jawatan penting sebagai orang nombor dua dalam perhubungan Umno negeri bagi membantu tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusinya.

    Ke
    tika serangan bertubi-tubi kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat sejak minggu lalu, kedua-dua tokoh Umno itu bagaimanapun menyusun tindakan secara berasingan, sekali gus mencetuskan spekulasi berhubung persaingan sesama mereka.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi berkata tindakan Noh melawat dua kawasan tersebut sebagai reaksi kepada tindakan Dr Mohd Khir menunjukkan kawasan Dengkil - kawasan ADUN Marsum Paing yang didakwa penyokong kuat Noh.

    "Cara mereka bertindak membuktikan (isu) pasir di Selangor hanyalah 'batu loncatan mencari pengaruh' dan tidak lebih dari itu," kata Shuhaimi.

    "Isu pasir Selangor adalah ciptaan UMNO Selangor menyukat pengaruh masing masing, tidak lebih dari itu."- Malaysiakini

    Saturday, September 5, 2009

    PRK BAGAN PINANG: PR-BN BERENTAP LAGI

    Kekosongan DUN N31, Bagan Pinang , Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan membuka ruang ke sembilan buat PR dan BN beradu sokongan pengundi dalam pilihanraya kecil. Ini berikutan Azman Mohd Noor, ADUN UMNO/BN meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung.

    Setakat ini PR mendahului 7-1. PR menang di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang,Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir. BN pula sekadar menang di Batang Ai, Sarawak.

    Parlimen Teluk Kemang yang diwakili Dato Kamarul Baharin (Keadilan) mempunyai 5 DUN termasuk Chuah dan Port Dickson (dimenangi Keadilan), Lukut (DAP) dan Linggi (BN).

    Dengan 3 daripada 5 DUN dikuasai PR, peluang merampas Bagan Pinang cerah jika diambilkira siri kemenangan PR dalam pilihanraya kecil yang lalu.

    Azman menang DUN Bagan Pinang (6430 undi) dengan majoriti 2333 undi (berbanding 4411 undi pada 2004) dalam PRU12 lalu mengalahkan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4097 undi.

    Menang di Bagan Pinang, merapatkan jurang perbezaan kerusi DUN di antara PR dan BN. kepada cuma 4 kerusi. BN setakat ini menguasai 21 daripada 36 kerusi, manakala PR 15 kerusi.



    Sunday, August 16, 2009

    MACC PATUT SIASAT KENAPA NURI MENDARAT CEMAS?

    Kalau tidak kerana hujan lebat, tidak dibuang air dalam tempayan. Kalau sekadar ribut petir jangan disangka hari nak hujan.

    Jangan salahkan petir sabung menyabung membelah langit menyebabkan pesawat Nuri Tentera Udara DiRaja Malaysia (harta milik kerajaan) yang membawa Timbalan Presiden UMNO (bukan kerajaan atau atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri), pencetus semangat pengkhianat Melayu gagal mendarat di tempat yang dihajati.

    Sekonyong-konyong pesawat Nuri yang membawa warga UMNO mendarat di Impian Jadi Resort, Tuaran walaupun khabarnya bukan pendaratan cemas.

    Maka ternanti-nantilah perwakilan UMNO Bahagian Penampang yang ingin bersidang. Dan hampalah mereka untuk mendengar laungan keramat 'pengkhianat Melayu' menembusi dewan persidangan.

    Timbul dibenak, siapa yang tanggung kos penerbangan? Kerajaan Malaysia atau UMNO? Tidak patut kerajaan Malaysia kerana tujuan dan motif penerbangan adalah membawa Timbalan Presiden UMNO dari Kudat selepas merasmikan persidangan UMNO ke Penampang (Kota Kinabalu) juga untuk merasmi persidangan UMNO.

    MACC patut buka kertas siasatan. Terjah Panglima 2 Divisyen Udara yang membenarkan harta kerajaan disalahguna sedemikian rupa. Soal siasat Timbalan Presiden UMNO kerana menggunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri mempengaruhi pihak TUDM agar membenarkan penggunaan nuri tersebut.

    Berita baikaitan boleh dilihat di sini BERNAMA

    Saturday, July 25, 2009

    SALAHKAH HADI BERKAITAN ISU CAWAT?


    Saya tidak pelik jika ramai yang masih beranggapan orang Sarawak masih bercawat, tinggal atas pokok atau tanggapan lain yang sedikit sebanyak mengguris perasaan anak Sarawak.

    Saya sendiri banyak kali ditanya "Bila datang MALAYSIA (Semenanjung)?", "Datang ke Malaysia (Semenanjung) ni naik apa?"

    Yang peliknya, orang yang bertanya itu, kawan-kawan yang terdiri daripada GURU dan kaki tangan kerajaan yang tidak pernah menginjak kaki ke Sarawak.

    Kita juga sering mendengar ungkapan "SELURUH NEGARA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK?"

    Di mana silapnya? Apakah konsep intergrasi nasional yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN itu gagal dan tidak berupaya menjelmakan maksud yang diimpikan?

    Kita anak Sarawak harus melihat kelemahan sendiri dalam hal ini. Apa tidaknya, jika promosi pelancongan atau Tahun Melawat Sarawak, yang diketengahkan ialah penari tradisi yang memakai CAWAT dengan parang ilangnya.

    Masih ingatkah dengan iklan sebuah bank yang mengetengahkan masyarakat Iban.

    Begitu juga, ditayangkan suasana rumah panjang dan persekitaran yang menampakkan kemunduran Sarawak.

    Inilah salah satu punca mengapa, orang luar masih beranggapan yang anak Sarawak masih mundur, bercawat serta tinggal dalam kedaifan.

    Sunday, July 12, 2009

    UNDI BN DAPAT JAMBATAN

    Begitulah tektik lapok BN yang nampaknya masih dimainkan di Manik Urai. Umpan dengan pembangunan melimpah ruah merupakan cara memancing undi yang boleh dikatakan berkesan terutama pengundi di luar bandar.

    Beberapa pengalaman peribadi saya mendapati tektik ini berjaya mengaburi mata pengundi. Sewaktu bertanding DUN 2006 lalu, calon BN telah berjanji membina Bandar Baru Sadong Jaya jika terpilih menjadi wakil rakyat mereka.

    Begitu juga janji membina masjid baru untuk menggantikan masjid lama di Kpg Semera yang telah berusia lebih 40 tahun. Mei 2006 lalu seorang Menteri Muda dengan bantuan Baitulmal Sarawak menyerahkan replika cek RM1 juta untuk tujuan tersebut selepas solat Jumaat dalam Masjid tersebut. Konon proses pembinaan akan dimulakan Disember 2006.

    Begitu juga Mac 2008, Ketua Menteri Sarawak sendiri telah melakukan upacara pecah tanah untuk masjid yang sama dan kononnya juga akan dibina mulai Disember 2008.

    Kedua-dua situasi ini menyebabkan ramai pengundi beralih arah dan memihak janji kosong BN tersebut. 2006 saya kalah tipis kepada calon BN dan salah satu faktor adalah pengundi terpikat dengan janji bandar baru dan masjid tersebut.

    Sewaktu membantu Sdra Jawah Gerang di Batang Ai lalu pun, janji-janji seperti ini lebih hangat bergema. Sehinggakan Taib Mahmud terpaksa melakukan upacara rasmi mengorek tanah bukit di tepi jalan sebagai tanda pecah tanah Pusat Giat Mara, Lubok Antu.

    Di Manik Urai, Muhyidin telah menabur janji dan mengugut pengundi, jika calon BN menang, maka sebuah jambatan baru berharga RM5 hingga RM7 juta akan dibina. Jika kalah tidak ada jambatan.

    Adakah ini bukan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pilihanraya? Sudah beberapa kes dibawa ke mahkamah berhubung janji-janji seperti ini, tetapi biasalah selagi perundangan masih dibelenggu sindrom 'takut', maka kes tetap memihak BN.

    Wednesday, July 1, 2009

    10 PENYELEWENGAN BESAR DLM KES ANWAR

    Dari Blog Pink Turtle

    Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

    .

    1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

    Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

    2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

    Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

    3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

    Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

    4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

    DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

    5. Laporan Pusrawi

    Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

    6. Bukti alibi Anwar memadai

    Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

    7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

    UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

    8. Laporan HKL

    Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

    9. Isu motif dan tujuan

    Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

    10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

    Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

    Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

    Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

    Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

    Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

    Sunday, June 21, 2009

    MENTALITI RAKYAT SARAWAK

    Membaca pendapat Wan Semun, dari Simunjan dalam ruangan Surat Pembaca di BERNAMA online, mengajak saya untuk sama memberi reaksi. Apa yang dilontarkan beliau memang banyak kebenarannya.

    Rakyat Sarawak terlalu takut untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka terutama semasa proses pilihanraya diadakan. Senario ketakutan ini lebih ketara di kawasan luar bandar. Pelbagai cara digunakan oleh jentera Barisan Nasional untuk menyekat pengundi daripada mengunakan hak mereka memilih wakil rakyat. Ugutan tidak akan dapat bantuan dan subsidi baja, pukat, atap zink, tangki, genarator digunakan sepenuhnya. Sesiapa yang dilihat menyokong parti selain BN akan dinafikan hak mereka sebagai warganegara.

    Begitu juga pengunaan institusi sekolah, masjid serta jentera kerajaan lain dimanfaatkan untuk kempen dan desakan agar mengundi BN. Ini ternyata menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tapi apa sudahnya?

    Saudara Wan Semun juga menyentuh tentang kekayaan pemimpin BN apabila telah terpilih menjadi YB. Dengan gaji dan elaun sekitar RM7 ribu sebulan atau RM84 ribu setahun atau RM420 ribu sepenggal, bagaimana mungkin YB ini mampu memiliki rumah agam, kereta mewah, harta yang banyak, tanah merata tempat serta kehidupan ala raja.

    Ini tidak termasuk kaum kerabat yang turut mendapat limpahan kemewahan. Begitu juga dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri serta pegawai lain yang hidup mewah selepas bersara. Dari mana mereka mendapat semua kemewahan ini jika tidak kelicikan YB BN mengaut segala kesempatan yang ada.

    Sudah sampai masa anak Sarawak berfikir secara rasional. Jangan menyokong secara melulu. Jangan mudah menganggap semua yang keluar dari mulut pemimpin BN adalah 'fatwa' yang perlu dituruti.

    Jika tidak kerana politik wang serta penyalahgunaan jentera kerajaan, sudah lama BN berkubur. Dan ada sebahagian YB BN di Sarawak yang kecundang.