Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.
    Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
    Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

    Saturday, November 6, 2010

    SURAT TERBUKA DATO ZAIN B IBRAHIM

    Kepada,
    Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,43 Persiaran Burhanuddin Helmi,Taman Tun Dr.Ismail,60000 Kuala Lumpur,Malaysia.
    YBhg Datin,
    THE SHAFEE YAHAYA STORY – Estate Boy To ACA Chief.
    Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas
    (selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.
    2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes “Mata-Lebam” satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam
    Buku Tersebut).
    3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala
    Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.
    3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan
    menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).
    PELANCARAN BUKU TERSEBUT.
    4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
    Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.
    SURAT TERBUKA INI.
    5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang “Estate Boy to ACA Chief”. Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param
    Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal “What happened to the probe on Dr. Mahathir?”. Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; ”And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)” Surah Al
    Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.
    Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
    6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk “Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula” yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.
    6.1. Secara kebetulan dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.
    Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.
    7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970. Perintah dibawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Mohd. Zaki bin Mat Yasin.
    7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
    7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan dimana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tandatangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.
    7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.
    7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee dirumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut dibawah tajuk “The aftermath”) (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa “simple dan humble serta peramahnya” Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung kerumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukkan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.
    7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah “on a one to one basis”. Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatitkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan sabjek dalam persoalan.
    “Rampasan” Kertas Siasatan BPR.
    7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;
    7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj.Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktibiti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
    7.6.2. Kertas Siastan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE dimana RM100,000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.
    7.7. Untuk makluman Datin, penelitian keatas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catitan atau arahan bertulis, yang menjurus kearah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, sepertimana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes “mata-lebam” (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).
    7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis “merampas” kertas siasatan BPR.
    “Jikalau kail panjang sejengkal”.
    7.9. Saya percaya Datin bolih menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, “on a one to one basis” dalam suasana yang lebih “tense” lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah “self-inflicted”. Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang “disyakki” melakukannnya oleh kerana siasatan masih diperingkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan “self-inflicted” pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang “transpired” dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan. Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada dihadapan Pegawai perakam tersebut).
    Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah “Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi”. Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatitkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan. Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggung jawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.
    7.10. Untuk faedah Datin,saya perturunkan sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;
    “Ketua Bahagian Pendakwaan,
    Jabatan Peguam Negara,
    Bangunan Bank Rakyat,
    Kuala Lumpur.
    ………….
    Para 5: RUMUSAN.
    Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-
    5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catitan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.
    5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini,percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai “evidential value” oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan “hearsay”sahaja.
    5.3.Semakan serta penelitian keatas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catitan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus kearah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosidur pengedaran yang sewajarnya.
    5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakkan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk “hearsay” atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik.Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan diatas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.
    Salam sejahtera dan terima kasih.
    Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.
    (Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,
    Ibu Pejabat Polis Kontinjen,
    Kuala Lumpur.”
    Kenyataan tidak benar oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan keatas Tun Mahathir.
    7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;
    The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)
    “Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case.”
    In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,
    “The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations”
    7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.
    7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).
    7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.
    7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka “flood-gates” untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah “undermine” penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes “mata-lebam”, yang bukan sahaja mereka telah “undermine” siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.
    Cadangan kepada Dato Shafee.
    7.16. Walaubagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.
    7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di-Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus “tepuk dada tanya seleranya sendiri”. Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya sepertimana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.
    Tiada campurtangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.
    8. Untuk faedah Datin juga,saya boleh mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.
    INSIDEN MATA-LEBAM.
    9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, sepertimana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagipun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah “mendedahkan” sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.
    Laporan DSAI pada 1.7.2008.
    10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.
    10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudianya SPRM) .Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di-Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat “rampasan” dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggung-jawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, sepertimana juga saya lakukan ketika membuat “rampasan” dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan diatas.
    10.2. Apa yang boleh saya katakan disini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh “mengaitkan” sesaorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh “mensabitkan” kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.
    10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama. Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diistiharkan bersih (“cleared”) dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak “dibersihkan” sekali dengan mereka berdua.
    10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.
    10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan:MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli Ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, sepertimana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.
    10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan perlantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukkan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri. Oleh hal yang demikian perlantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengistiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.
    10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu perlantikkan Panel Bebas ini.
    10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa perlantikkan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.
    10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana diakhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg.Tun seperti diperturunkan;..
    “Para 48.
    Saya percaya Y.A.Bhg.Tun,serta Yang Berbahgia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan intergriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini.Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.
    Yang benar,
    t.t.bertarikh:15 April 2009.
    (Mat Zain bin Ibrahim)”
    10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat “pengistiharan” yang berbunyi antaranya;
    “Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;
    a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.
    b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;…….”
    10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI. Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan “complications” dikemudian hari. Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.
    Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.
    11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.
    12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.
    12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka. Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.
    13. Memandangkan keadaan terbaru ini,mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya diperenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.
    14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan dibawah;
    “Para 32.
    Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masaalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini.Saya sedar siapa saya dan kedudukkan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku keatas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan. Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara,Timbalan Ketua Polis Negara,Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN. Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri didalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.
    Para 33.
    Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia kearah kecermelangan dan kegemilangan serta dihurmati sepertimana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.
    Wassalam.
    Bth:6 Mei 2010.
    PENUTUP
    15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negative. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.
    16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tandatangan saya, akan dikirim pos.
    17. Sekali lagi saya menyusun sepuloh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hurmat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.
    Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; “And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Shawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.
    Wassalam.
    Yang Benar,
    t.t
    (MAT ZAIN BIN IBRAHIM)
    8 hb Oktober 2010.

    Sunday, October 24, 2010

    PR confident of taking over Sarawak government — Anwar

    MIRI: The state Pakatan Rakyat (PR) is ready to take on the Barisan Nasional (BN) in straight fights in all 71 constituencies in the next state election due by July next year.

    “The state PR is confident of winning and taking over the government,” Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser, Datuk Seri Anwar Ibrahim, said during a press conference held in the residence of PKR Miri chief, Dr Teo Yu Keng, yesterday.

    Sarawak PKR liasion chief Baru Bian, state DAP chairman Wong Ho Leng, Mohamad Sabu from PAS, SNAP president Edwin Dundang Bugak, DAP Miri chairman Fong Pau Teck, and PAS Miri chief Jofri Jeraee were among those who attended the press conference.

    Sarawak PR comprises PKR, DAP and PAS plus SNAP.

    Anwar said they were convinced that their candidates would do well in the contest against BN.

    Regarding his visit here, he said it was to help strengthen the state PR machinery and to boost the morale of the members.

    He then called attention to Kelantan, Pulau Pinang and Selangor “where the PR governments have shown their credibility” in tackling issues affecting the people.

    In Kelantan which is ruled by PAS led by Tok Guru Nik Aziz, the government has championed the people’s interest, while in Pulau Pinang, Lim Guan Eng has lessened the burden of the people by reducing the rate of water tariff.

    In Sarawak, the PR will soon come up with a manifesto for the next state election covering native customary land issues among other things.

    About seat allocation, state PKR liaison chief, Baru Bian, said 90 per cent has been resolved.

    He said there was still a lot of flexibility and space to resolve the remaining 10 per cent.

    “We will work closely with each other to ensure our victory,” he said.

    Earlier on, 1,000 or so supporters of PR gather at Miri Airport to welcome Anwar.Malay, Chinese, Orang Ulu and Iban music and dance groups were also present to welcome him.- Borneo Post Online.

    Wednesday, October 20, 2010

    ANWAR JAMIN PR TETAP BERI BONUS KPD KAKI TANGAN KERAJAAN

    KUALA LUMPUR 18 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap meneruskan amalan memberi bonus kepada kakitangan perkhidmatan awam sekiranya ia diberi kepercayaan menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

    Beliau membuat pengumuman tersebut semasa berucap dalam Dewan Rakyat pagi tadi berhubung perbahasan Belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

    Anwar berkata alasan Perdana Menteri bahawa kerajaan perlu berjimat apabila diajukan soalan mengenai pemberian bonus kepada lebih 1. 2 juta kakitangan kerajaan tidak boleh diterima kerana pada masa yang sama pentadbiran Najib mampu membazir sejumlah wang yang besar untuk menganjurkan pelbagai projek dan aktiviti yang bukan keutamaan dan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.

    "Ke mana Perdana Menteri pergi? Ke pertunjukan Islam d Monaco. Ini jawapan yang paling tidak munasabah. Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan busana Islam di Monaco. Seluruh dunia tahu Monaca adalah pusat perjudian yang terkenal. Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaco tapi di Kuala Lumpur, Jakarta, Jeddah atau Istanbul. Apa yang lebih menyedihkan boleh pula menyerahkan derma kepada Prince Albert (pemerintah Monaco). Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'. Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan.

    "Ini bukan hendak mengambuil hati pegawai-pegawai kerajaan. Ini kerana (semasa saya menjadi Menteri Kewangan) dalam keadaan susah pun kita mampu berikan sebahagian daripada bonus tapi sekarang ini belum masuk peringkat susah, kerajaan mengatakan tidak ada duit. Sebab apa? Pembaziran! Berapa subsidi kepada IPP? RM20 bilion. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? RM20 bilion tetapi bila hendak beri bonus kepada kakitangan kerajaan kata tidak ada duit. Suara Keadilan

    Thursday, October 14, 2010

    Peranan Saiful, Rahimi Dalam Konspirasi Tajaan Umno-BN

    saiful2Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.

    Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.

    Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.

    Jelas, ini kes politik

    Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.

    Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.

    Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.

    Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.

    Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...

    Buktikan liwat tanpa tusukan?

    Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.

    Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?

    Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.

    Jelas, Anwar Ibrahim (gambar kiri) diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.

    Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.

    Politik menabur dendam

    Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.

    Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.

    Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.

    Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.

    Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...

    Bebas dari politik dubur

    Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.

    Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?

    Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?

    Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.

    Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.

    Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.

    Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.

    Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.

    Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.

    Oleh Lim Hong Siang
    Penulis ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

    Tuesday, October 12, 2010

    Former CID Chief Mat Zain:Musa Hassan And Gani Patail Destroyed Criminal Justice System

    Musa Hassan and Gani Patail were accused today as being the cause of the destruction of the criminal justice system by having allowed falsified evidence against Anwar Ibrahim in 1998 and later lying about an investigation of Mahathir Mohamad for abuse of power.

    In an open letter published at Malaysia Today, former Kuala Lumpur CID chief Mat Zain Ismail disclosed that he had written in May this year to Ismail Omar, then deputy IGP, and to Hishammuddin Tun Hussein, the home minister, for a review of the investigation into false evidence produced against Anwar in the “black eye” case of 1998.

    (Mat Zain headed the investigation into the case and recommended that the Inspector-General then, Rahim Noor, be tried for criminal assault on Anwar Ibrahim in the lockup at police headquarters. Rahim was found guilty and sentenced to two months’ jail.)

    He said Musa and Gani had claimed in press reports that investigation papers on the Mahathir case had been sent to the Attorney-General in February 2000 and the AG (the late Mohtar Abdullah) had decided that there was no case.

    Mat Zain said the statements were absurd. The investigation papers in the Mahathir abuse of power case were only opened in June 2000 and sent to the AG’s Chambers in November that year.

    Questions raised in Shafee Yahya bookIn his letter dated 8 October, Mat Zain accuses Musa, recently-retired as Inspector-General of Police, and Gani, the Attorney-General, of lying about the Mahathir investigation.

    Mahathir, then prime minister, had been accused of abuse of power by ordering a halt to corruption investigations against Ali Abul Hassan bin Sulaiman, head of the Economic Planning Unit, during which RM1000,000 in cash was found in his office.

    Mat Zain made these revelations in a letter to Datin Kalsom Taib, wife and biographer of Shafee Yahya, former head of the Anti-Corruption Agency, in response to questions asked in her book of her husband’s life and career.

    She had asked: “What happened to the probe on Dr Mahathir?”

    Mat Zain quoted from the book, which referred to press statements by Musa and Gani about the investigation:

    “The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)

    “Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case.”

    In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,

    “The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations”
    Mat Zain said the statements by the two men did not make any sense and were false.

    It is impossible for the investigation papers to be sent to the Attorney General’s Chambers on 15 February 2000.

    Gani Patail and Musa Hassan: they destroyed the criminal justice system, says Mat Zain
    “The investigation papers were only opened on June 13, 2000 based on a police report made by Anwar Ibrahim on that date.

    “In fact, the investigation papers together with ACA investigation papers seized from the agency were only sent to the Attorney General on 9 November 2000.”

    Mat Zain suggested that maybe the IGP and AG meant the 15th of February 2001.

    However, even if Musa Hassan and Gani had said 15 February 2001, it would be even more unreasonable.

    Tan Sri Mohtar Abdullah could not have examined and dismissed the case on that date as he was not longer the Attorney General.

    He had been succeeded by Datuk Ainum Mohammad Said on January 1, 2001.

    Mat Zain suggested that Musa Hassan and Gani Patail had not bothered to amend the date because the person named, Tan Sri Mohtar Abdullah, had since died. “The dead cannot speak. Maybe they forgot that many of those still alive who know these things and can question the fact.”

    “If Tan Sri Musa Hassan and Tan Sri Gani Patail did not make the absurd statement that this case will not be sustainable. The fact is they who have opened the flood-gates for more questions to be raised about the integrity of the police investigation.”

    They both have undermine police investigation in this case, as well as having allowed falsified evidence in the Anwar Ibrahim “black eye” case when Anwar was beaten up in the Bukit Aman lockup by Rahim Noor, then the Inspector-General.

    Mat Zain decided to retire from the police force in 2001. He has since been embroiled in suits involving the several Anwar Ibrahim cases, and has also alleged that he is being victimised by the police force.- Malaysia Today

    Tuesday, September 14, 2010

    Pemilihan Keadilan: Jalani Tanggungjawab Demokratik Dengan Etika

    Parti Keadilan Rakyat memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik; memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.

    Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab.

    Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan. Kaedah etika pemilihan wajib dipatuhi semua.

    Rakan2 serta pemimpin di peringkat akar umbi juga melahirkan keprihatinan dan melontarkan beberapa cadangan tambahan buat pertimbangan pimpinan.

    Maka sesuai ditegaskan bahawa adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti. Saya menginginkan persaingan yg sihat; dengan semua calon yang dikemuka mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya.

    Saya juga tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.

    ANWAR IBRAHIM

    Friday, September 3, 2010

    Realmild- 70% Atas Nama Dr Mahathir

    Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

    Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya.

    Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar.

    ANWAR IBRAHIM

    Monday, August 30, 2010

    Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

    Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, “sejarah” ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

    Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

    Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

    Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

    -Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

    -Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

    -Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

    -Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

    -Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

    -Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

    Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.
    Dirgahayu Malaysia tanahairku.

    ANWAR IBRAHIM
    KETUA UMUM KEADILAN

    Sunday, August 22, 2010

    Anwar: Isu khutbah fitnah terbaru Umno

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu khutbah Jumaat merupakan fitnah terbaru "yang dimainkan oleh Umno untuk menyemarakkan api kebenciandi negara ini.

    "Tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata," katanya.

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut.

    Anwar berkata, beliau sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang.

    Bagaimanapun, katanya beliau mendapati tuduhan tersebut tidak berasas.

    "Bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak," katanya sambil menambah pimpinan Umno berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

    Katanya, ia juga menunjukkan kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera.

    "Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecahbelahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera.

    "Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang Adil.

    "Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu.

    "Hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang," tambahnya.- Malaysiakini

    Thursday, August 19, 2010

    'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI

    Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Aduan tersebut dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI pada jam 2 petang tadi.

    "Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan) pagi tadi.

    Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tulisan Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

    "Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

    Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

    Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

    Bercakap pemberita selepas selepas membuat laporan itu hampir jam 3 petang, Shamsul berkata, selain tulisan Ezam di Twitter, beliau juga menyerahkan beberapa keratan akhbar bagi menyokong dakwaannya.

    Jelas rujuk pada Anwar

    Antaranya laporan muka depan Sinar Harian pada 13 Ogos yang melaporkan Ezam mencabar presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersumpah berhubung dakwaan beliau pernah dihubungi isteri Anwar yang memberi arahan supaya orang ramai tidak mendekati suaminya.

    Menurutnya, walaupun terdapat tulisan Ezam di Twitter yang tidak menyebut secara khusus nama Anwar dan Wan Azizah, tetapi berdasarkan konteks dan isu pada masa itu, ia jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang itu.

    "Kita faham ia ditujukan kepada siapa berdasarkan rentetan peristiwa (yang berlaku)," katanya yang juga semua peguam.

    Shamsul juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu ekoran keyakinannya bahawa Ezam tidak mempunyai empat orang saksi lelaki yang berwibawa bagi menyokong dakwaannya.

    "Itu hanyalah usaha terdesak dan hendak meraih populariti," kata Shamsul lagi.

    "Saya cabar beliau (Ezam) bersumpah dalam mahkamah (syariah). Bawa empat orang saksi, buktikan dakwaan dia betul.

    Ini kerana, tambahnya, tindakan itu menurut kaedah hukum Islam yang betul.

    Shamsul hadir ke pejabat JAWI dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR, antaranya Ketua AMK Wilayah Persekutuan Md Zaman Tasi.

    Reaksi spontan Ezam

    Sementara itu, Ezam dalam reaksi spontan menerusi twitter berkata beliau tidak gentar dengan tindakan mengheretnya ke JAWI.
    “Dakwa qazaf - saya tidak gentar dan sedia bersumpah di mahkamah syariah pertahan setiap patah perkataan saya dalam twitter atau di mana saja,” tulisnya.- Malaysiakini

    Monday, August 16, 2010

    Mahkamah tolak permohonan Anwar batal tuduhan

    Mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran dakwaan terdapat hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan timbalan pendakwa raya.

    Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagi ini.

    Menurutnya, dakwaan hubungan tersebut tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa.

    Ini kerana DPP Farah Azlina Latif tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen penting pihak pendakwa seperti yang dinyatakan dalam afidavit pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira dan DPP Mohd Hanafiah Zakaria.

    Oleh itu, hakim mengarahkan supaya kes liwat tersebut diteruskan walaupun dibantah oleh pihak pendakwa.- Malaysiakini

    Tuesday, July 20, 2010

    Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?

    Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

    Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

    "Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

    "Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

    Me
    nurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

    "Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

    Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

    "R
    ancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

    Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

    "Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

    Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

    Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.- Malaysiakini

    Wednesday, July 14, 2010

    Respon DSAI Terhadap Fitnah Utusan

    Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.

    Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

    Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.
    Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut.

    Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

    ANWAR IBRAHIM

    Sunday, July 4, 2010

    Serang Anwar Tapi Enggan Putus Hubungan APCO

    Media arus perdana terus memainkan kunjungan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Washington DC, dengan pemimpin BN berganding-bahu dengan media pro-Zionis untuk mengecam dan mencemar imej pemimpin Pakatan Rakyat itu.

    Utusan Malaysia dan media pro-BN memetik laporan dan rencana asing untuk memaparkan Anwar tunduk kepada Washington DC selepas beliau dikritik hebat kerana kenyataan yang disifatkan anti-semitik oleh pertubuhan-pertubuhan pro-Israel.

    Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar bagaimanapun berkata Anwar di Washington DC tempoh hari tidak sama-sekali memohon maaf kepada rejim Tel Aviv mahupun dan enggan menarik-balik kecamannya terhadap Rumah Putih dan mana-mana syarikat berkaitan Zionis.

    Shamsul berkata demikian mengulas serangan media mutakhir ini yang mendakwa Anwar berlutut kepada komuniti Yahudi, yang berang dengan serangan Anwar terhadap persekongkolan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma rundingan berkaitan Zionis, APCO Worldwide.

    Najib sebelum ini dikecam hebat kerana melantik firma kontroversi itu untuk membantu kerajaan Umno. Najib juga dikritik kerana bersekutu dengan Presiden Barack Obama dalam menekan republik Islam Iran.

    Disebalik serangan terbaru terhadap Ketua Pembangkang ini, Shamsul berkata Najib, dan jemaah menteri Umno masih enggan memutuskan hubungan mereka dengan firma berkaitan Zionis, Apco Worldwide.

    “Apa yang kita lihat Utusan ,seolah-olah Utusan memainkan berita bahawa Anwar ini pula agen Yahudi, dan kemudian kita dedahkan kerajaan barisan nasional dibawah Dato’ Najib melantik firma yang didokongi oleh orang-orang yang terlibat dalam tentera perisikan ini dan kita dedahkan dalam Parlimen dan kita dedahkan bukti bahawa barisan nasional sebenarnya kerajaan yang betul-betul menggunakan khidmat Israel dan zionism ini dengan bayaran RM77 juta, jadi ada bezanya antara BN yang menggunakan khidmat terus dengan Dato’ Seri Anwar yang menerangkan apa yang berlaku di Malaysia ini,” katanya.

    Pemerhati politik menyifatkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kini berlumba-lumba untuk membina imej di luar negara, terutamanya untuk bergambar bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
    Najib juga membuat kejutan dengan mengambil pendirian untuk bersekutu dengan Washington DC dalam menekan republik Islam Iran.

    Shamsul menjelaskan kewibawaan dan ketrampilan Anwar di persada antarabangsa tidak dapat disangkal mana-mana pihak, bahkan Ketua Pembangkang itu tidak perlu menikam belakang mana-mana negara Islam atau melantik mana-mana firma berkaitan Zionis untuk menjalin kerjasama dengan dunia luar.

    “Itu adalah satu jemputan Woodrow, satu pertubuhan yang meminta ,beliau untuk memberi ucaptama mengenai Islam and democracy in southeast asia,itu adalah satu isu yang terus menerus diperjuangkan oleh Dato’ Seri Anwar,tokoh reformasi di rantau asia ini,mengungkapkan makna Islam dan demokrasi,dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan tokoh-tokoh penting di dalam negara Amerika,tidak timbul dia datang ke sana untuk memujuk,dan menagih simpati daripada mereka yang Yahudi dan jew dan sebagainya di Amerika,” katanya.

    Shamsul berkata Anwar mengambil peluang dari jemputan Woodrow itu untuk menjelaskan bahawa penentangan masyarakat Islam Malaysia adalah terhadap ideologi Zionis, dan rejim Israel yang menjajah bumi Palestin.

    Bantahan kepada pencerobohan perisik Israel ke Bukit Aman serta perlantikan firma perunding berkaitan Zionis adalah manifestasi kemarahan rakyat Malaysia yang menolak ideologi gasar itu.

    “Saya yakin,penegasan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar itu jelas Dato’ Seri Anwar menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Zionism dalam konteks masyarakat Islam di rantau asia khususnya di Malaysia bahawa Zionism itu satu perkara yang bersifat ganas, satu fahaman yang membawa kepada penjajahan,dan penjarahan,satu fahaman yang membawa kepada agression,kepada keganasan dan ini yang diterangkan oleh Dato’ Seri Anwar,” katanya.- Selangor TV

    Monday, April 26, 2010

    Anwar: BN belanja RM65,000 bagi setiap pengundi

    Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.

    Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

    "Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.

    Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.

    " Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.

    Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.

    "Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

    "Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.

    Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.

    "Tiada apa untuk Najib raikan," katanya.- Malaysiakini

    Friday, April 23, 2010

    Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi

    Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menunjukkan dua pucuk surat sebagai bukti bahawa beliau mempunyai cukup jumlah ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan BN melalui 'Projek 16 September'.

    Anwar berkata surat pertama bertarikh 18 September 2008 yang menuntut agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang tergempar kerana ahli Dewan Rakyat sudah hilang keyakinan kepadanya.

    "Jika tak ada jumlahnya, adakah boleh diadakan sidang parlimen tergempar?" katanya Anwar ketika berceramah di hadapan kira-kira 400 orang di Padang Perumahan Taman Teratai, yang dikatakan kubu kuat Umno.

    Manakala surat bertarikh pada hari berikutnya, kata Anwar, memohon perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan kerana mempunyai cukup majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang baru.

    "Bagaimanapun Allah mentakdirkan perkara itu tidak menjadi," katanya sambil merayu agar pengundi memberi sokongan kepada calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

    Anwar yang juga penasihat ekonomi kerajaan Selangor menyentuh pendedahannya bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan sebuah firma perunding yang mempunyai kaitan dengan Yahudi.

    Ia susulan keputusan Dewan Rakyat petang semalam meluluskan usul merujuk Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pendedahan beliau itu.

    Anwar menjela
    skan kepada pengundi dengan menunjukkan salinan surat perjanjian kerajaan Malaysia dan firma Apco itu.

    "Surat (perjanjian) Apco dan kerajaan Israel sama dengan surat (perjanjian) antara Apco dengan Malaysia. Jawablah, buat apa hina saya... Jawablah, buat apa hukum saya," katanya.

    Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau telah memuatkan salinan perjanjian tersebut di dalam blog rasminya.

    Dalam perkembangan berkaitan, ketua umum PKR itu juga menjawab tohmahan yang mendakwanya menjadi "boneka kepada Yahudi".

    Beliau turut menunjukkan satu risalah mendakwa bahawa beliau mempunyai "lingkaran dengan Yahudi".

    Anwar menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh "orang munafik dan pembohong"

    "Haram saya berdamping dengan mereka. Saya tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

    Sunday, April 4, 2010

    PENJELASAN DSAI MENGENAI 16 SEPTEMBER

    Sunday, April 4, 2010-Kemungkinan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru pada September 2008 hampir menjadi realiti jika PM ketika itu dan Speaker Dewan Rakyat tidak menolak mengadakan perjumpaan dan persidangan khas Parlimen.

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat juga telah mengutuskan warkah yang dipersembahan ke bawah Yang di-Pertuan Agong bagi memohon mengadap baginda berhubung perkata itu.

    Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan '16 September' adalah rekaan dan pembohongan pihak Pakatan Rakyat, kata Anwar.

    "Pada 19 September 2008 warkah kepada Yang di-Pertuan Agong diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana mereka telah beri mandat kita rujuk kepada istana negara, kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia.

    "Kita tidak edarkan surat ini kerana pada ketika itu kita kena jaga kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kalau jadi kita ikut saluran," tegas Anwar di Dewan Rakyat petang semalam.

    Sebelum itu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Pakatan Rakyat juga tekah menghantar surat untuk membuat perjumpaan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.

    Kemudian Pakatan Rakyat telah menulis suat kepada Speaker memohon satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri tetapi langkah ini juga ditolak.

    "Pada 18 September 2008 setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti, KEADILAN, PAS dan DAP, Pakatan Rakyat menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu petisyen bagi mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia. Ini bagi membincangkan usul bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau.

    "Mustahil saya berani tulis surat begini kalau saya tidak ada jumlah dan perakuan daripada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kalau ada pada masa itu mesyaurat seperti yang kita minta mengikut Peraturan 11 (3) tapi itu ditolak.

    "Kita melakukan tiga proses, pertama minta pertemuan dengan Perdana Menteri ditolak, kedua tulis kepada Speaker juga ditolak," hujah Anwar ketika mencelah penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

    Keadaan Dewan menjadi riuh ketika Anwar mengatakan bahawa ramai antara anggota Parlimen yang hadir pada sidang semalam telah menemui beliau bagi membincangkan kemungkinan menyertai Pakatan Rakyat malah ada yang telah menandatangani surat akuan.

    "Saya tidak nafikan perkara ini tidak berlaku tetapi saya nak sebut dalam Dewan Ahli-ahli Yang Berhormat tahu dan saya tahu siapa yang beri perakuan dan siapa yang tandatangan," kata Anwar sambil di sambut dengan laungan," dia orang (Ahli Parlimen Barisan Nasional) dah takut, dah takut".

    Bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan senarai nama Ahli Parlimen BN yang bersetuju bersama-sama Pakatan Rakyat.

    "Yang Berhormat dari Umno boleh ketawa, ada antara yang ketawa ada yang bincang dengan kita, ada yang talipon tapi itu bukan soalnya. Yang penting baik persahabatan atau perbincangan yang kita anggap tertutup kita hormati prinsip itu dan jangan ada langsung keraguan mengenai perkara ini kerana dalam politik ini ada etika walaupun dengan musuh. Ini kita pertahankan sebab itu saya tidak pernah keluarkan," jelas beliau.

    Tegas Anwar Pakatan Rakyat telah mengikut prosedur dan peraturan yang betul yang berlandasan Perlembagaan Persekutuan berhubung perancangan 16 September 2008.

    "Jangan kata kita permainkan isu ini kerana kita ikut jalur undang-undang dan kemudian mahu dikatakan ini palsu. Saya sebutkan saya lakukan ini makna setakat menghormati peraturan, undang-undang dan Perlembagaan, tiga-tiga proses kita lakukan, itu tahap yang telah kita lakukan. Soal untuk mengatakan kita tidak ada jumlah itu tidak benar, mustahil saya ambil risiko itu," ujar Anwar lagi.

    Thursday, April 1, 2010

    Tidak dapat tanduk, telinga dipulas

    Ternyata kehadiran DS Anwar dalam Dewan Rakyat sentiasa menjadi ‘duri dalam daging’ kepada UMNO khasnya dan BN amnya.

    UMNO/BN sudah mati dengan hujah. Mereka kekeringan idea. Mereka terpaku dengan fakta. Mereka gagap serta gugup untuk ber’auta’. Mereka memang tidak layak berada di situ.

    Mereka berkuasa di atas ’segala-gala’nya konon. Mereka telah membawa usul kepada Speaker dan akan dibahaskan pada Isnin depan untuk merujukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Perkara 18 (2) Peraturan Mesyuarat.

    Dengan itu besar kemungkinan DS Anwar akan menghadapi tindakan disiplin berhubung kenyataannya bahawa konsep 1 Malaysia ada kaitan dengan kempen “One Israel” dan juga berkaitan dengan isu APCO.

    al-brangi;

    Orang-orang tua ada berkata “tidak dapat tanduk, telinga dipulas” pun jadilah…..alahai……