Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.
    Showing posts with label MATC. Show all posts
    Showing posts with label MATC. Show all posts

    Sunday, October 10, 2010

    Khalid Ibrahim tanding timbalan presiden PKR

    Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

    "Saya, Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti," katanya.

    Beliau membuat pengumuman itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi.

    Ini bermakna, beliau akan bersaing dengan dua naib presiden sekarang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim untuk kerusi nombor dua itu.

    Belum pasti sama ada Zaid - salah seorang pesaing utama untuk jawatan itu - akan mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepadanya, seperti yang pernah dijanjikannya sebelum ini.

    Manakala ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua yang sudah cukup dua pencalonan minumum untuk bertanding belum membuat sebarang pengumuman sama ada menyertai persaiangan itu atau pun tidak.

    Berdasarkan keputusan pencalonan daripada 171 cabang yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendahului dengan 102 pencalonan, Zaid 38, Mustaffa 17, Tian Chua 5, Khalid 5 dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail 3 yang melayakkan mereka bertanding jawatan itu.- Malaysiakini

    Tuesday, September 28, 2010

    Star-Utusan Malaysia: Mana Satu Betul?

    Dalam keghairahan menyerang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat, akhbar Star dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang bukan sahaja tidak disokong fakta, tetapi bercanggah antara satu sama lain.

    Dalam laporan muka depannya hari ini, The Star menyifatkan kekalahan pemimpin pada peringkat cabang seperti Elizabeth Wong (Petaling Jaya Utara), Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak) dan Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang) adalah kerana mereka bukan “orang Anwar Ibrahim atau Azmin Ali.”

    Utusan Malaysia (mukasurat 3) juga merujuk kepada kekalahan tokoh-tokoh sama tetapi menyifatkan kesemua mereka sebagai “orang Anwar dan Azmin.” Menurut Utusan, kekalahan mereka kononnya adalah bukti Anwar dan Azmin akan menghadapi masalah pada pemilihan peringkat nasional November depan.

    Mana satu yang betul? Mungkin sudah sampai masanya untuk akhbar-akhbar arus perdana mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap hari untuk memastikan laporan yang diputar belit oleh mereka sekurang-kurangnya dibuat atas premis yang sama sebelum menjajanya kepada rakyat.

    Biarlah akhbar-akhbar berkenaan berpegang kepada slogan 1Malaysia, 1Fitnah dan mengelak daripada mengadakan dua tiga versi berlainan mengenai fitnah yang sama.

    Selain Utusan dan The Star, akhbar-akhbar lain seperti Berita Harian dan New Straits Times turut menyerang PKR atas kekecohan yang berlaku di tujuh cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan setakat ini.

    Kesemua mereka mendakwa kekecohan itu mencerminkan sistem satu ahli satu undi PKR gagal, malah memetik Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai berkata kekecohan itu bukti PKR tidak ada kemampuan untuk memerintah.

    Fakta “kecil” yang sengaja dilupakan oleh Muhyiddin ialah kekecohan berlaku hanya pada tujuh Cabang. 159 Cabang mengadakan mesyuarat dan pemilihan tanpa sebarang masalah dan dalam suasana yang hanya menyuburkan demokrasi tulen dalam PKR.

    Mungkinkah Muhyiddin berkata demikian kerana beliau, seperti dalam kes gurubesar rasis baru-baru ini, juga “tidak ada kuasa” untuk mengetahui fakta-fakta relevan sebelum membuka mulutnya?

    Atau beliau mempunyai apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai “selective amnesia” iaitu hilang memori secara pilihan?.- Suara Keadilan

    Monday, September 27, 2010

    'Kami buat yang terbaik tangani masalah'

    Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mengakui berlakunya beberapa kes 'tidak tertib' dalam proses pemilihan, sehingga terganggunya prosiding di beberapa cabang hujung minggu lalu.

    Bagaimanapun, tegasnya, mesyuarat agung (AGM) dan proses pemilihan di majoriti cabang PKR, berjalan lancar.

    Katanya, keputusan di 159 daripada 166 cabang yang selesai
    bermesyuarat sejak 17 September adalah mengikut peraturan walaupun berdepan dengan isu-isu seperti tidak cukup kotak undi.

    Saifuddin mengesahkan AGM dan proses pemilihan di sekurang-kurangnya tujuh cabang terpaksa ditangguhkan kerana pelbagai isu, termasuk dakwaan perbuatan merosakkan kotak undi oleh orang luar.

    Katanya, pihak parti telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto yang terlibat, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.

    Perkara itu, tambahnya, mendorong kepimpinan parti mempercayai kemungkinan ada anasir yang mahu mensabotaj bagi mencemarkan imej PKR.

    Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Saifuddin berkata, mereka memecah membuka kotak-kotak undi, menabur kertas undi dan beredar.- Malaysiakini

    Wednesday, September 22, 2010

    Pemilihan 2010 Simbol KEADILAN Sebagai Parti Tulen Pelbagai Kaum

    SHAH ALAM 22 Sept - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail amat berpuas hati terhadap perjalanan proses pencalonan dan pemilihan di peringkat Cabang bagi Pemilihan 2010 yang mencerminkan perpaduan, kerjasama dan sikap toleransi lebih 450,000 anggota parti.

    Saifuddin berkata setakat ini 84 Cabang daripada 204 Cabang telah menyempurnakan mesyuarat agung tahunan (MATC) dalam keadaan harmonis dan aman dan ini memberikan suatu gambaran tentang kekuatan parti yang mewakili setiap kaum dan negeri di negara ini.

    Daripada 84 cabang yang telah mengadakan MATC, 67 Cabang pula telahpun menyaksikan pertandingan bagi merebut pelbagai jawatan dalam Cabang, sayap Wanita dan Angkatan Muda.

    Sehingga kini dua calon layak bertanding bagi jawatan Presiden, iaitu penyandang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bagi Timbalan Presiden pula yang layak setakat ini adalah Mohamed Azmin Ali, Zaid Ibrahim, Mustaffa Kamil Ayub dan Tian Chua.

    Sejumlah 15 calon layak bertanding bagi kerusi Naib Presiden iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng, Tian Chua, Fuziah Salleh, Dr Lee Boon Chye, Datuk Mansor Othman, Mohamed Azmin Ali, Mohd Yahya Mat Sahri, Mustaffa Kamil Ayub, Nurul Izzah Anwar, S Manikavasagam, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Sivarasa Rasiah, Datuk Zaid Ibrahim dan Dr Xavier Jayakumar.

    Sejumlah 74 calon layak bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Bagaimanapun Saifuddin tidak mengumumkan senarai itu.

    Menurut beliau, calon yang layak bertanding untuk jawatan presiden, timbalan, naib presiden dan MPP membuktikan bahawa mereka mendapat perhatian daripada anggota parti di peringkat akar umbi.

    "Mereka yang layak ini mewakili pelbagai negeri meliputi wilayah, kaum, dan agama di mana ia betul-betul reflektif iaitu cerminan kepada komposisi jumlah peratusan etnik anggota parti keseluruhnnya terutama kepada kelompok MPP itu sendiri," kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana petang tadi.

    Saifuddin berkata keadaan ini turut memberikan satu indikator tentang kekuatan dan kemeriahan amalan demokrasi dalam parti.

    "Ia memberikan kemeriahan pesta demokrasi yang parti sediakan di peringkat akar umbi daripada Perlis sehingga ke Sabah kepada anggota parti."

    Tambah beliau, ia juga memberikan satu proses pembelajaran kepada anggota parti yang menyasikan satu pemilihan yang terbuka dan bebas tanpa naungan ataupun pengaruh daripada mana-mana pihak.

    "Proses pemilihan parti ini persis dan mirip seperti seolah-olah mereka menghadapi pilihan raya yang sebenar. Sebagai parti politik baru berumur 10 tahun, ia memberikan satu pelajaran yang penting untuk aktivis parti dan inilah yang saya perhatikan," katanya.

    Saifuddin menambah antara perkembangan yang paling menarik dalam pemilihan kali ini ialah anggota parti yang mengundi serta bertanding terdiri daripada 50 peratus anggota Melayu, 12 peratus Cina, 23 peratus India dan 15 peratus lain-lain termasuk suku kaum Kadazan, Dusun, Dayak, Iban, Murut dan sebagainya.

    Menurut Saifuddin, Selangor mempunyai jumlah keanggotaan paling ramai iaitu 108,000 atau 30 peratus daripada jumlah anggota parti.

    Ini diikuti Sabah seramai 66,000, Perak 33,000, Pulau Pinang 31,000, Sarawak 22,000 dan Wilayah Persekutuan 17,000.

    "Jumlah peratusan anggota parti mewakili negeri-negeri yang saya sebutkan adalah 77 peratus daripada sejumlah 450,000 anggota," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

    Beliau juga memberitahu maklumat daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengatakan tumpuan pencalon dan pemilihan dikalangan 84 Cabang adalah di negeri Selangor.- Suara Keadilan

    Tuesday, August 31, 2010

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG BATANG SADONG 2010

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG BATANG SADONG

    Jawatan Yang Dipertandingkan:

    Ketua Cabang - 1 jawatan
    Timbalan Ketua Cabang - 1 jawatan
    Naib Ketua Cabang - 1 jawatan
    Ahli Jawatankuasa
    - 15 jawatan

    Borang Pencalonan boleh diperolehi daripada mana-mana Pejabat Keadilan atau Ketua Cabang atau daripada saya.

    Tarikh Pencalonan : 5 September 2010 bermula 10.00 pagi - 4.00 petang
    Tempat : 320, Kpg Kanchong Jaya, Gedong, Simunjan

    Tarikh Mesyuarat : 26 September 2010 bermula jam 10.00 pagi
    Tempat : 320, Kpg Kanchong Jaya, Gedong, Simunjan


    Semua ahli Keadilan yang berdaftar di Cabang Batang Sadong dijemput hadir. Pastikan anda membayar yuran tahunan RM2.00 sebelum menghadiri mesyuarat. Pertanyaan lanjut bolehlah berhubungan dengan Sdra Sakawi Nahri, 013 561 7183 atau saya 014 886 0118.

    Friday, August 27, 2010

    Proses pemilihan langsung KEADILAN bermula esok

    Sepuluh cabang PKR di Kedah dan Kelantan akan menjadi bahagian pertama yang menerima pencalonan untuk mesyuarat agung tahunannya esok selepas sistem 'satu anggota satu undi' diperkenalkan.

    Ekoran itu, cabang-cabang itu - masing-masing lima di Kedah dan lima di Kelantan - juga bakal menjadi yang pertama menjalankan pemilihan langsung dalam sejarah PKR dan dan parti-parti politik di Malaysia.

    Di Kedah, cabang terbabit ialah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Alor Setar dan Kuala Kedah.

    Manakala di Kelantan pula ialah di Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

    Menurut beberapa orang pengawas pemilihan PKR, proses pencalonan esok akan berlangsung di tempat yang ditetapkan bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

    Dalam tempoh tersebut, tambahnya, anggota cabang yang berminat bertanding merebut 18 jawatan dalam cabang serta sepuluh kerusi dalam sayap Pemuda (AMK) dan Wanitanya, boleh mengisi borang pencalonan, bersama seorang penyokong dan pencadang.

    "Ia lebih kurang macam proses penamaan calon dalam pilihan raya," kata mereka kepada Malaysiakini hari ini.

    Menurutnya lagi, selepas tujuh hari, nama yang dicalonkan akan dipamerkan untuk bantahan selama tiga hari.

    "Jika terdapat bantahan, selepas empat hari lagi apabila jawatankuasa pemilihan pusat membuat keputusan, senarai akhir yang layak bertanding akan diumumkan," jelasnya.

    Proses pencalonan setiap cabang akan dikendalikan oleh beberapa petugas yang dilantik jawatankuasa pemilihan pusat PKR.

    Lebih 400,000 anggota PKR daripada 205 cabang akan terlibat memilih dalam pemilihan PKR tahun ini sebelum pertandingan jawatan tertinggi parti itu akan dibuat November ini dalam kongres tahunnya.

    Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober depan.Semua cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai esok hingga 12 September.

    PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP.
    Semua ahli parti yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang - pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 jawatan ahli jawatankuasa.

    Para ahli juga akan mengundi bagi 10 jawatan dalam sayap Wanita dan 20 jawatan bagi sayap Pemuda PKR.- malaysiakini